Sunday, May 30, 2010

Pertandingan Shawl Cantik @ CikSeri25-tudungonline

Holla. Dah lama kan aku menyepi. tetiba je buat entri contest kan. ok lah, aku tak punya masa yang banyak nak potpetpotpet. masa itu emas dowh. aku tengah mengejar masa nih. sebab contest yang aku join ni tarikh tutupnya HARI INI!!! ohh kerja gila ini semua. tinggal berapa jam je lagi nak countdown. HAHA. macam merdeka la pulak.

Ok la, aku nak story sikit pasal contest yang aku join ni. Contest ni merupakan anjuran Cikseri25-tudungonline. Actually contest ni ada 2 bahagian, bahagian A dn bahagian B. Aku join ni untuk bahagian A la iaitu untuk kategori blogger yg merupakan follower beliau.:). Cara nak sertai contest ni ialah korang kena gayakan shawl/tudung/inner/syria yang dibeli dari cikseri sahaja ye. pastu buat entri mengenai item itu dan wajib ada perkataan cikseri25-tudungonline. macam aku buat sekarang ni la ye..:).

alkisahnya bermula.. haiiiii... (macam p.ramlee daa..:p).. ~~~

Ni merupakan first shawl dan juga first inner syria yang aku beli dari cikseri25-tudungonline. first time bukak parcel tu, teruja gila beb. bukak2 tu terus aku try. OMG.. I'm fall in love with cik seri.. opss.. bukan maa.. dengan cik seri punya inner syria. Sebelum ni aku dah pernah try inner syria tapi yang dibeli sekali dengan tudung syria la. tapi tak se'best' inner cik seri ni. kenapa aku cakap macam tu? sebab inner cik seri ni besar, sesuai sangat la dengan kepala aku yang besar dan muka aku yang bulat macam bola daa. HEHEHE..:p.. kiranya boleh dikatakan kalo aku pakai inner syria ni, bulat yang amat. tambah-tambah la kalau nak pakai dengan shawl, lagi la tak masuk. tapi sejak try pakai inner yang dibeli dari cikseri25-tudungonline ni, aku semakin yakin untuk memakai inner walaupun pakai dengan shawl biasa dan bukan hanya tertumpu kepada tudung syria sahaja. korang tengok je la gambar kat bawah ni, tak nampak bulat sangat kan muka aku? HEHE.. tu la penangan inner syria cik seri. Memang sangat gorgeous lah. I Like..!! (^__^)


shawl kod SM86 dan inner kod IDT22

disebabkan keterujaan aku terhadap inner syria cik seri ni, aku terlupa la pulak nak story mory kat korang pasal shawl yang aku pakai ni. shawl ni cantik sebenarnya. tapi disebabkan camera hp aku cikai je, maka tak teserlah kecantikan shawl ni. :). shawl ni tanahnya warna putih dan corak bintik2 hitam, ungu. Sangat senang untuk dibentuk. walaupun tak pakai dengan inner, kita boleh buat dia tak bulat dan ikut muka kita tau! sebab kain dia macam kesat2 sikit. kesimpulannya, memang best lah!!.. :)


shawl kat bawah ni sebenarnya aku dapat free dari cik seri sempena contest wish birthday beliau tempoh hari. HEHEHE. aku letak jugak sebab aku suka. CANTIK!!.. ^__^.. mula2 time nak borong2 shawl dah berkenan dah warna ni, tengok2 dapat jugak shawl ni. Ngee~.. macam tahu2 je cik seri ni kan orang nak shawl nih..:). Warna shawl ni purple macam korang tengok ni la, tapi dia tak segelap ni maa. light2 sikit. macam biasa, camera hp cikai je. HEHEHE..:p


shawl free :)

Ha ni pulak orag panggil shawl cotton. Apa yang menariknya tentang shawl ini ialah nak pakai dia senang je. Maksudnya mudah dibentuk la. HEHE. tapi kalau shawl macam ni, aku suka pakaiikut muka, tak macam shawl2 yang lain tuh. dan lagi satu, shawl jenis ni besar sikit dari shawl biasa. ala, sikit je pun, tapi senang je pakai dan nak lilit-lilit. aku rasa kan kalau korag nak pakai stail macam tudung pun boleh sebab dia kan besar sikit, tapi aku tak pernah buat eksperimen la lagi. HEHE. yang aku beli kat cikseri25-tudungonline ni warna kelabu sebab aku tak ada lagi shawl cotton warna ni.:).. lepas ni aku nak mengumpulkan kolesi daripada material cotton ni. kalau boleh semua corak dan warna aku nak rembat. HEHEHE. memang best la wa cakap sama lu. korang kena try dulu baru korang tau. tapi yang pastinya nak beli dari cikseri25-tudungonline la. sebab apa? sebab murah laa!!.. kalau kat blogshop lain, harga shawl jenis ni belas-belas tau tapi kat cikseri25-tudungonline ni bawah RM10 je. haa, tak caya ke kalau tak caya korang pegi la usha sendiri kat blog beliau..:)

Shawl kod b1


Asyik shawl je kan dari tadi, sekarang kita tukar selera la pulak kan. HEHE.. Disebabkan aku terlalu sukakan inner syria yang aku cakap tadi, aku pun dengan tanpa ragu-ragu dan yakinya nak beli dan beli dan beli lagi inner dari cikseri25-tudungonline ni. wah2, kalau korang nak tahu aku memang teruja gila la, aku nak describe macam mana pun tak tau. hanya cik seri je tau sebab aku message beliau menyatakan keterujaan aku terhadap inner beliau. Makanya beliau mencadangkan untuk try syria 4-layer nih. wah2 makcik, ambik kau 4-layer la pulak. HAHA. aku sebenarnya takut2 nak mencuba, tapi sebab nampak macam best je, tambah pulak harga perghhh memang murah yang amat, makanya aku rembat sehelai. HAHAHA. tapi amacam warna pink ni? aku suka beb. CANTIK sangat tau. Aku rasa ramai yang tak berani pakai pink macam ni kan. Tapi percayalah korang akan nampak menyerlah dari hari2 biasa kalau korang pakai. HEHE.

syria kod wts05

Yang bestnya, nenek aku pun rembat sehelai la..!! korang gelak ye??? :p. nenek aku pun nak bergaya jugak. HEHEHE. aku la promote kat dia, tengok2 dia berkenan. HEHE terus suruh cik seri matchingkan warna untuk nenek aku. :)..tapi nenek pakai inner 2-layer je la. HEHE. Kang pakai 4-layer, kalah cucu dia ni.. HAHAHA.


syria kod wts13


aku rasa setakat ni je kot. masa pun mencemburui kita. chewah. hehe so good luck kepada diri sendiri.:)

nota-noti: wah panjangnye entri aku. jenuh juri-juri nak baca. HEHE. jenuh tak jenuh, kena baca la juga ye. :)

No comments:

Post a Comment