Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Contest Diannasgtbaik

Weehuu.. entri contest lagi. Mood contest gamaknya aku ni. HEHE. takpelah kan, at least dengan automatiknya ter'update' la blog aku ni ye. Oklah, tak mau potpet panjang-panjang, nak story mory pasal contest yang aku join kali ni. Aku dapat tau contest ni apabila terbaca blog my best friend ever, cik Aena kita ni. Macam best je tengok, makanya aku pun terasa sedikit kegatalan mahu join contest ini. Contest ini anjuran Cik Dianna kita.. *clap clap*.. HEHE. Beliau juga merupakan tokey shawl - Sayapunyashawl.

Oklah ye, kat bawah ni dengan rajinnya aku meng'copy' syarat-syarat contest ye. Sila baca dengan khusyuk. :D

1. Ambil gambar dari webcam/camera anda, gambar paling unik sekali. paling cool,
paling comel, paling kelakar. ( saya bukan tengok cantik ke tak tau ) mesti
gambar anda sendiri, taknak gambar artis ke, kartun ke ape ke ye. [DONE]
2. Limit gambar adalah dua seperti contoh diatas, taknak hantar asing2, mesti sama. [DONE]
3. Follow blog saya ni dan juga blogshop saya : sayapunyashawl [DONE]
4. Buat satu entry tentang contest ni dan titlenya adalah Contest Diannasgtbaik
letak sekali gambar saya yang gabak diatas, resize dulu tau,
dan kemudian komen dekat entry ni. letak url entry tu sekali yer.taknak letak
kat shoutbox yer. [DONE]
5. contest akan dinilai oleh saya sendiri dan hanya 3 orang yang gambarnya
paling cool sahaja akan dapat hadiah. ingat saya lihat keunikkan gambar.
bukan kecantikkan paras rupa ya.

contest end : 1 July 2010
( akan dicepatkan kalau ada apa2 masalah )

Gambar yang dipertaruhkan.. jeng jeng jeng..

*
*
*
**
***
****
*****
****
***
**
*
*
*


[klik gambar untuk melihat jerawat dengan jelas..:D]

Gambar yang tak berapa nak cool ini diambil ketika saya 'bertugas' sebagai receptionist. Actually kakak receptionist yang sebenar tu tak datang, sebab tu saya kena ganti beliau. Nama pun ganti, dah tentu la jadi receptionist yang sengal. Kalau dapat receptionist macam ni la, alamatnya lingkup company. HAHAHA..:P

Haa tunggu apa lagi, meh la ramai2 pakat join CONTEST GAMBAR WEBCAM PALING COOL .. Hadiah yang ditawarkan pun cool je.. HEHE.. ^__^


nota-noti : wah makcik, sempat lagi ye ko kat opis join moin contest segala. apa bos ko takde ke ha? :D

Sunday, May 30, 2010

Pertandingan Shawl Cantik @ CikSeri25-tudungonline

Holla. Dah lama kan aku menyepi. tetiba je buat entri contest kan. ok lah, aku tak punya masa yang banyak nak potpetpotpet. masa itu emas dowh. aku tengah mengejar masa nih. sebab contest yang aku join ni tarikh tutupnya HARI INI!!! ohh kerja gila ini semua. tinggal berapa jam je lagi nak countdown. HAHA. macam merdeka la pulak.

Ok la, aku nak story sikit pasal contest yang aku join ni. Contest ni merupakan anjuran Cikseri25-tudungonline. Actually contest ni ada 2 bahagian, bahagian A dn bahagian B. Aku join ni untuk bahagian A la iaitu untuk kategori blogger yg merupakan follower beliau.:). Cara nak sertai contest ni ialah korang kena gayakan shawl/tudung/inner/syria yang dibeli dari cikseri sahaja ye. pastu buat entri mengenai item itu dan wajib ada perkataan cikseri25-tudungonline. macam aku buat sekarang ni la ye..:).

alkisahnya bermula.. haiiiii... (macam p.ramlee daa..:p).. ~~~

Ni merupakan first shawl dan juga first inner syria yang aku beli dari cikseri25-tudungonline. first time bukak parcel tu, teruja gila beb. bukak2 tu terus aku try. OMG.. I'm fall in love with cik seri.. opss.. bukan maa.. dengan cik seri punya inner syria. Sebelum ni aku dah pernah try inner syria tapi yang dibeli sekali dengan tudung syria la. tapi tak se'best' inner cik seri ni. kenapa aku cakap macam tu? sebab inner cik seri ni besar, sesuai sangat la dengan kepala aku yang besar dan muka aku yang bulat macam bola daa. HEHEHE..:p.. kiranya boleh dikatakan kalo aku pakai inner syria ni, bulat yang amat. tambah-tambah la kalau nak pakai dengan shawl, lagi la tak masuk. tapi sejak try pakai inner yang dibeli dari cikseri25-tudungonline ni, aku semakin yakin untuk memakai inner walaupun pakai dengan shawl biasa dan bukan hanya tertumpu kepada tudung syria sahaja. korang tengok je la gambar kat bawah ni, tak nampak bulat sangat kan muka aku? HEHE.. tu la penangan inner syria cik seri. Memang sangat gorgeous lah. I Like..!! (^__^)


shawl kod SM86 dan inner kod IDT22

disebabkan keterujaan aku terhadap inner syria cik seri ni, aku terlupa la pulak nak story mory kat korang pasal shawl yang aku pakai ni. shawl ni cantik sebenarnya. tapi disebabkan camera hp aku cikai je, maka tak teserlah kecantikan shawl ni. :). shawl ni tanahnya warna putih dan corak bintik2 hitam, ungu. Sangat senang untuk dibentuk. walaupun tak pakai dengan inner, kita boleh buat dia tak bulat dan ikut muka kita tau! sebab kain dia macam kesat2 sikit. kesimpulannya, memang best lah!!.. :)


shawl kat bawah ni sebenarnya aku dapat free dari cik seri sempena contest wish birthday beliau tempoh hari. HEHEHE. aku letak jugak sebab aku suka. CANTIK!!.. ^__^.. mula2 time nak borong2 shawl dah berkenan dah warna ni, tengok2 dapat jugak shawl ni. Ngee~.. macam tahu2 je cik seri ni kan orang nak shawl nih..:). Warna shawl ni purple macam korang tengok ni la, tapi dia tak segelap ni maa. light2 sikit. macam biasa, camera hp cikai je. HEHEHE..:p


shawl free :)

Ha ni pulak orag panggil shawl cotton. Apa yang menariknya tentang shawl ini ialah nak pakai dia senang je. Maksudnya mudah dibentuk la. HEHE. tapi kalau shawl macam ni, aku suka pakaiikut muka, tak macam shawl2 yang lain tuh. dan lagi satu, shawl jenis ni besar sikit dari shawl biasa. ala, sikit je pun, tapi senang je pakai dan nak lilit-lilit. aku rasa kan kalau korag nak pakai stail macam tudung pun boleh sebab dia kan besar sikit, tapi aku tak pernah buat eksperimen la lagi. HEHE. yang aku beli kat cikseri25-tudungonline ni warna kelabu sebab aku tak ada lagi shawl cotton warna ni.:).. lepas ni aku nak mengumpulkan kolesi daripada material cotton ni. kalau boleh semua corak dan warna aku nak rembat. HEHEHE. memang best la wa cakap sama lu. korang kena try dulu baru korang tau. tapi yang pastinya nak beli dari cikseri25-tudungonline la. sebab apa? sebab murah laa!!.. kalau kat blogshop lain, harga shawl jenis ni belas-belas tau tapi kat cikseri25-tudungonline ni bawah RM10 je. haa, tak caya ke kalau tak caya korang pegi la usha sendiri kat blog beliau..:)

Shawl kod b1


Asyik shawl je kan dari tadi, sekarang kita tukar selera la pulak kan. HEHE.. Disebabkan aku terlalu sukakan inner syria yang aku cakap tadi, aku pun dengan tanpa ragu-ragu dan yakinya nak beli dan beli dan beli lagi inner dari cikseri25-tudungonline ni. wah2, kalau korang nak tahu aku memang teruja gila la, aku nak describe macam mana pun tak tau. hanya cik seri je tau sebab aku message beliau menyatakan keterujaan aku terhadap inner beliau. Makanya beliau mencadangkan untuk try syria 4-layer nih. wah2 makcik, ambik kau 4-layer la pulak. HAHA. aku sebenarnya takut2 nak mencuba, tapi sebab nampak macam best je, tambah pulak harga perghhh memang murah yang amat, makanya aku rembat sehelai. HAHAHA. tapi amacam warna pink ni? aku suka beb. CANTIK sangat tau. Aku rasa ramai yang tak berani pakai pink macam ni kan. Tapi percayalah korang akan nampak menyerlah dari hari2 biasa kalau korang pakai. HEHE.

syria kod wts05

Yang bestnya, nenek aku pun rembat sehelai la..!! korang gelak ye??? :p. nenek aku pun nak bergaya jugak. HEHEHE. aku la promote kat dia, tengok2 dia berkenan. HEHE terus suruh cik seri matchingkan warna untuk nenek aku. :)..tapi nenek pakai inner 2-layer je la. HEHE. Kang pakai 4-layer, kalah cucu dia ni.. HAHAHA.


syria kod wts13


aku rasa setakat ni je kot. masa pun mencemburui kita. chewah. hehe so good luck kepada diri sendiri.:)

nota-noti: wah panjangnye entri aku. jenuh juri-juri nak baca. HEHE. jenuh tak jenuh, kena baca la juga ye. :)

Sunday, March 7, 2010

Contest ker lucky draw?

Ni contest yang ketiga aku join.. contest ke?? or lebih kepada lucky draw.. aku pun tak mengerti.. HEHE.. Aku join ni sebab tengok macam senang.. hadiah pun best-best.. lagipun macam seronok je join.. HEHE.. mana la tau kalau ada rezeki, boleh menang.. so, apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama memeriahkan contest/lucky draw yang dianjurkan oleh Qistina's Collections.. mana lah tau, rezeki korang kat sini.. kalau nak join, baca syarat-syarat di bawah ni,

2. Suggest a friend to follow this blog, bila ur friend dh follow bagitahu kami melalui email/sms
3. Answer the following questions, sejujur mungkin ;)

  1. Namakan 3 jenis fabric yang akan anda cari untuk buat baju kurung pada hari raya ini
  2. Jenis pakaian tradisional yang akan anda gayakan di hari raya tahun ini (kurung johor, kurung pahang atau kurung moden)?
  3. Size baju kurung/blouse/jubah yang anda pakai, sila beri dalam 2 size berikut:
i. XS – 3XL
ii. 38 - 60

4. Daerah dan negeri tempat tinggal anda. (Untuk peserta dari luar negara, kami hanya membuka contest nih kepada regular customer sahaja, k ;))
5. Email jawapan anda kepada kami, subject mesti tulis ‘Contest ker lucky draw?’ Sertakan juga, nama penuh & no handphone k.

Alamak senangnya :). Tarikh tutup penyertaan 1st April 2010.

Kami akan memilih pemenang melalui cabutan bertuah. Hadiah yang kami tawarkan:

Hadiah extra special:
Peserta pertama yang mengemail kami & menepati syarat2 yang ditetapkan layak memenangi:
  1. 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
  2. 2 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat pertama:
  1. 1 x Telekung Wadimor dari Indonesia, harga pasaran RM 200++. Boleh pakai nak g terawikh nanti k, dan sangat exclusive nak buat hantaran pun boleh ;)
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat kedua:
  1. 1 x Kebaya Jawa (set baju pasang + selendang), harga pasaran RM 100++
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
Tempat ketiga:
  1. 1 x beg dompet Chanel gold-colour (non-authentic)
  2. 1 x Brooch batu Austria berjuntai
5 hadiah saguhati:
  1. 1 x beg dompet Chanel black-colour (non-authentic)
  2. 1 x beg dompet LV black-colour (non-authentic)
  3. 1 x beg dompet LV maroon-colour (non-authentic)
  4. 1 x beg dompet D&G gold-colour (non-authentic)
  5. 1 x beg dompet Chanel brown-colour (non-authentic)

amacam?? best tak hadiah-hadiahnya?? hehe kalau best, apa lagi, mari la join ye.. hehe..

sekian, terima kasih..=))

Contesta dari UNCLE..=))

Ni kali kedua aku join contest.. kali ni contest daripada uncle kita nih.. senang je contest nih.. sebab tu join.. korang nak join tak?? kalau nak, baca syarat-syarat kat bawah ni ye..=)

Powered by BannerFans.com


* amik banner kat atas tempek ler kat mana pun dalam blog korang

*buat link ke blog uncle pada banner tersebut...dan jangan lupa seperti biasa letak link ke sini sebagai bukti penyertaan

* mesti menjadi follower uncle !

* tak perlu tulis entry..hanya letak banner ajer

* peraduan yg uncle anjurkan berupa cabutan bertuah.. hadiah nya adalah sekeping CD ori dari Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul - Tahajjud Cinta

* sebab hadiah ini terhad..tempoh pernyertaan cuma seminggu jer

* bermula pada hari ini hingga minggu depan (6hb hingga 13hb Mac 2010)

* tarikh tutup jam 9.00 malam pada 13hb Mac 2010

sekian, terima kasih..=))



nota-noti: harap-harap aku bertuah laa ye.. selama ni tak pernah bertuah pun..T__T