Thursday, April 1, 2010

Kisah Hari Rabu

Rabu. Oh hari yang ada kelas tapi aku sengaja meniadakan kelas itu. Sangat bagus kan? HAHA.. Inilah contoh mahasiswa kaki ponteng. Oh lupa pula, dalam facebook ada tau group ni. Jangan pandang hina kepada mahasiswa kaki ponteng. HAHA. Sewel sudah makcik ini.


Kesibukan cabut undi untuk FYP


Chooop!! Sebelum aku cerita-ceriti pasal hari rabu, aku nak rewind kejap ke hari selasa. HEHE. Gambar kat atas ni sebenarnya time kiteorang cabut undi untuk tentukan siapa penyelia untuk final year project kiteorang sem depan. HAHA.. ni berlaku pada petang selasa. Cabut punya cabut, aku dapat Dr. Poh, beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan praktikal aku. Dan aku rasa major FYP aku nanti adalah berkenaan coating. Gilak ini semua. HUHU boleh bayang tak betapa sibuknya nanti bila masuk tahun 3. Dengan FYP la, presentation selepas praktikal la, tu tak termasuk lagi kelas-kelas aku yang bakal cukup unit maksimum tu. Adess penin.

Ok sambung hari rabu punya cerita.HEHE. Rabu pun ada taklimat lagi tapi kali ni mengenai latihan industri atau bahasa senang cakap, praktikal. HOHOHO. Aku sangat tidak percaya bahawa aku akan pergi praktikal. Sangat susah hati bila fikir-fikir balik. HUHU. Perasaan bercampur baur. Tapi yang pastinya tak ada istilah seronok langsung sebab cuti panjang aku kali ini terganggu dek benda alah ni. No tidur-tidur lama-lama, less blogging and blogwalking, less suka-ria.. yang ada hanyalah kerja, kerja dan kerja. Presentation mungkin ada. Oh lagi satu, nak kena jadi minah saleh la pulak. Mesti tak berapa nak boleh cakap bahasa melayu. Dah la tempat yang aku dapat tu kilang chinese. Adess. Terseksa jiwa dan ragaku ini.

Aku dapat praktikal di sebuah kilang packaging di Perai, Pulau Pinang. Kira dalam area Penang lagi la. HEHE.. tak boleh belah langsung. Kilang ni namanya South Island Packaging (Penang). Kilang ni menerima 3 orang pelajar praktikal dari USM. Makanya yang terpilih ialah aku, rumetku dan sorang lagi classmate aku (lelaki). Aku tak tau langsung pasal kilang ni, tapi dah search kat google pasal kilang ni, google cakap, kilang ni pasal packaging and printing. Jadi ia melibatkan kertas dan maybe ada sedikit coating. Kiranya dalam bidang aku la juga. Tapi kiteorang bertiga ditempatkan di bawah production section. So aku tak tau menatang apakah ini. Nanti bila aku dah start praktikal, aku update kat blog okay..^__^. Tu pun kalau ada masa..T___T.


source google tapi diedit oleh cik amalina (",)


Lepas habis saja meeting, aku dan rumetku terus bergegas keluar dari bilik persidangan. Jarum jam baru menunjukkan pukul 3.10 petang, makanya sempat lagi kiteorang nak pergi Gurney Plaza untuk menjayakan misi yang sudah lama tertangguh. Bukan sekali, tapi dah berkali-kali tertangguh. Misi apakah itu? Tak lain dan tak bukan, yah, misi tengok wayang. Ohh sudah lama aku tidak tengok wayang. Ada saja halangan. Kejap ada itulah, kejap inilah.. Last movie yang aku tonton ialah Under The Mountain. Sedap jugak la ceritanya..HEHE. Ok semalam tertunai sudah hajat yang dah lama tersimpan it. Sebenarnya kiteorang nak tengok How to Train Your Dragon 3D, tapi tiket sold out maa. Makanya kiteorang pun tukar la plan tengok Alice in Wonderland, tapi bukan 3D ye sayang.


muka bahagia kanak-kanak yang dah lama tak tengok wayang..HAHA
p.s kualiti piccas kurang memuaskan sebab guna cam hp je..DSLR tak mampu..T__T


Nota-noti : Ni dah hari jumaat dah baru nak update cerita hari rabu. Dah basi la wei.. Ape daa..=p

4 comments:

  1. praktikal best la..dulu hari2 tanda kalender sampai nek kelam tak nampak gh0pe klender dah.punyalah nak habaq kata s0n0k praktikal tuh.haha.ad0i...T.T

    tp kal0 ada yg 1 kpala dgn kita k0mp0m rasa tak sab0 nk p wat k0je.ada plak yg ensem d0k praktikal sesama wat k0je sesama.uiiii...semangat beg0lek2 mai :DDD

    ReplyDelete
  2. hehe sonok ke?? sy takut la awk.. hehe.. tak reti nak buat keje.. hehe

    amboi, mamat hensem plak diperhatikannye.. hehe.. lawak la awak ni.. haha..

    ReplyDelete
  3. tanda klender sampe kelam 2 tandanya xsyi0kk la..hahah!
    mamat ensem lak prktikal kat law firm seberang jln sinun nuuu.time mkn ja baru d0k semeja.
    cewahhhh gatai nympah..*dush sebjik kt muka*

    xpa2..releks..memula mmg tak tau nk watpa.aku ni untung time prktikal sbb jarang lekat kat 0pis.
    (dan2 je tuk0 jd aku.baru mesree..kta kan utarew..)stuju?? :DDDDDDD

    haha panjang lak k0men *^^*

    ReplyDelete
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete