Ada apa pada nama? Ala letak je nama apa pun, janji ada nama betul tak? tapi tak boleh la hentam keromo saja. Kalau dalam Islam, kita digalakkan pilih nama-nama yang mempunyai maksud yang baik. tapi, bukan setakat maksud je nak yang baik-baik belaka, malahan pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Di sini ada sedikit panduan dan info yang berguna yang inginku kongsikan bersama.. Korang pun intai-intai la sama huruf pertama nama korang tu. manalah tahu huraian tu kena dengan korang.. HEHE..
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun..
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Amacam?? Ada tak sifat-sifat huruf pertama itu yang sama dalam diri korang? =)..
Nota-noti :
N untuk NUR AMALINA
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
(macam nak ada je sikit-sikit..wink ^^)
huruf aku blh than le...
ReplyDeletehehe.. bagus2.. =)
ReplyDeletewaaaa... macam betul je i punya.. hehhe
ReplyDeleteyeahh ade ade zai stat ngn uruf z..bace bace
ReplyDeletehaha
whoaa. almost betul kot!
ReplyDeleteimpressive!
mira punya N dgn A :D
aku punya sgt kena...
ReplyDeletewaaa, camne bley tau nih??
hebat!!
@Ferra Aryra : hehe.. ye ke, tahniah laa kalo betul tu.. hehe
ReplyDelete@ zaizax : hehe baca da.. sila la buat lawak skrg hehe.. kata pndai berjenaka.. =p
@amirah rashid : hehe.. bagus2.. sifat yg baik.. =)
..menarik, saya punya J, ada betul dan ada yg kurang tepat... :D
ReplyDeletebetul la kat aku.. haha
ReplyDelete@cEro : wah hebat, sgt kena.. hehe.. ntah la cero, sy pon xtaw.. hehe.. hebat org yg buat kajian ni la.. hehe
ReplyDelete@Kyuubi_85 : hehe tahniah..
@etomyam : hehe ok la tu, ramalan ada yg tepat dan ada yg kurang tepat.. hehe
ReplyDeletehehe posting yang menarik.. ada yg betol dan ada yang tak brapa kena dgn nama saya.. apapun layan je.. haha
ReplyDeletekena jugak dgn nama sya..
ReplyDeleteanyway..good info
thankss...
mmg sebiji dengan perangai saya...:-)
ReplyDelete@PiDoT_OtAi : hehe ok2.. thanx.. layan..zasss...=p
ReplyDelete@icha : hehe ok sma2..
@aCik GeE cHoMey : hehe yeke.. wah dasyat.. hehe
Saya 'H'. Wah, macam agak kena di situ! Hehe ~
ReplyDelete@ Hami Asraff : hehe.. ^^.. betul la tu kot.. hehe
ReplyDelete