Thursday, February 25, 2010

My 21st birthday..^^

Sebenarnya entry kali ni dah berlaku 3 hari yang lepas, tapi aku nak upload jugak2.. hari tu tak sempat laa, dengan internet yang sangatlah ayu.. HEHE.. alkisahnya bermula... pada tanggal 24hb Februari 2010, usiaku telah menginjak dari 20 ke 21 tahun.. oohhh.. tidak2.. aku sudah tua.. ehhh, mana tua lagi.. muda remaja lagi..kan..kan..=D.. tapi umur bukan pengukur bahawa kita ni tua ke tak. kalau umur tua tapi masih berjiwa muda, kira muda la kan.. HEHE.. tapi kang orang cakap tak sedar diri pulak, dah tua tu buat cara tua laa kan.. amboi2, pot pet pot pet macam aku ni dah tua gila-gila ja.. HEHEHE.. dah, dah.. tak nak berceloteh panjang lebar.. ni pun aku da rasa panjang gila dah..

okay, dah hari tu birthday aku, aku pun teringin la nak sambut kan.. nak buat kelainan sikit.. kali ni aku nak belanja la sahabat-sahabatku sekalian ini makan kek sebab kiteorang plan lepas habis test management nak pergi melantak McD.. almaklumlah 24jam.. HEHE.. tengok-tengok si kanak-kanak riang ini cakap nak makan McD boleh tapi tak nak makan kek sebab diorang ada meeting mende ntah so tak boleh nak lepak lama-lama kat McD tuh.. aku punyalah kachewa tahap dewa.. HOHOHO.. cuba bayangkan, masa birthday kita, mesti kita mengharapkan sesuatu yang sweet dan nak celebrate.. ni tidok.. HUHU.. ok la, fine, dah ada hal apa boleh buat kan.. T__T

Setibanya di McD, satu lagi bala menimpa.. nak tau apa?? ada segerombolan budak-budak chinese sambut birthday jugak.. PERGHH.. tambah lagi satu PERGHHH apabila mataku tertumpu pada keknya.. CHOCOLATE INDULGE secret recipe dowh.. ARGHHH.. dalam hati ni, hanya TUHAN ja yang tahu.. aku sebak gila tengok.. tapi cover beb.. malu kat sahabat-sahabat ku sekalian.. HUHUHU.. impian aku hancur musnah punah ranah tengok diorang tuh.. mahu nya tak, aku plan macam tu dan memang nak beli kek tuh pun, last-last tak jadi.. tapi tak apa, aku kuatkan hati juga untuk menempuhi masa akan datang.. chewahhh.. HAHAHA..

Ceritanya bermula (dari tadi nak mula, tak mula-mula lagi ka??) apabila aku teman rumetku pergi tandas. Balik dari tandas, kawan aku pulak ajak teman pergi tandas.. aku pun temanlah dia.. setibanya aku di tempat dudukku, nak angkat beg la nak duduk, tengok-tengok ada kotak kek.. aku terkedu 10 saat.. lantas aku terdengar,
"happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to amal, ila and fiza..
happy birthday to you.."


HAHA.. terkejut beruk aku.. budak dua orang lagi ni pun terkejut orang utan.. HAHA.. mahu taknya, sorang dah past tense, 11hb Februari, yang sorang lagi future tense, 10hb Mac.. erk aku kira ok la kan, ngam-ngam je 24hb Februari.. tapi tak apa lah, disebabkan ke'bizi'an yang melanda hidup kami semua, maka semalam dengan jayanya birthday kiteorang bertiga disambut dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.. ahakzz.. =D..



Patut la bagi 1001 alasan, rupa-rupanya diorang dah plan baik punya.. patutlah beria-ia tak nak kasi aku beli kek.. ada udang di sebalik nugget KFC rupanya.. HOHO.. Apa-apa pun, terima kasih daun keladi laa kepada sahabat-sahabatku sekalian.. ~WAWA-ADA-AIN-ALIA~ korang memang berjaya buat surprise tahun ni.. HAHA.. mesti kes balas dendam tahun lepas kan?? hehe.. tahniah aku ucapkan.. =D






nota-noti: aku sangatlah terharu sehingga menitiskan air mata campuran (kachewa+gumbira).. but that night was really shupper dupper fun..!!! ^^

Tuesday, February 23, 2010

Hari Pertama yang Sengal..

Hari ni hari pertama bermulanya kelas selepas seminggu aku fantasia di bulan madu.. PERGHH.. tak boleh belah.. malasnya, YA ALLAH.. hanya TUHAN saja yang tahu.. HUHU.. tapi daku gagahkan juga diri bangun pagi, gosok gigi, mandi-manda, siap-siap di pagi hari untuk pergi ke kelas Dr. Leh tersayang.. HAHA.. sayang ke?? Setelah berkurun lama aku me'monteng'kan diriku ke kelas beliau, masuk-masuk tadi blur sepatah haram apa pun aku tak tahu.. Makanya, selama 2 jam kelas berjalan, aku bersembang, bersenda gurau di belakang bersama temanku merangkap roomateku juga..HEHE..

(AMARAN: JANGAN PRAKTIKKAN DI DEWAN KULIAH/BILIK TUTORIAL ANDA..SEKIAN)


Masuk kelas English pun macam tu juga.. tak habis-habis bersembang.. pot pet pot pet sungguh la makcik sorang ni.. ish..ish..ish.. entah apa yang diceritakan pun tak tahu, 365 hari 365 malam pun belum tentu habis..HAHA.. tadi teacher kiteorang suruh buat latihan grammar, tapi sebenarnya kiteorang dah buat dah minggu lepas dalam kelas. siap dah berbincang jawapan pun. tapi mungkin dia lupa, almaklum lah baru balik gong xi fa cai, HEHE.. mood raya tak habis lagi laa kot..HEHE.. kami pun cakaplah "okay teacher".. HAHAHA.. padahal dah buat dah, tadi buat bodoh ja la.. orang lain pun diam-diam juga.. semuanya dua kali lima saja.. malas.. nasib baik dia tak tengok buku kiteorang, kalau tak alamatnya SOLLAT bergegar la buat 5-10minit akibat amukan teacher..:D

Petangnya pula ada KO-K.. adoi.. sangatlah teramat malas yang terlampau-lampau.. sekali lagi gagahkan diri bangun dari tidur di petang hari.. ohh.. HUHU.. sementara menunggu 'turn' group kiteorang perform, kiteorang pun berlatih laa kat halaman pusat KO-K.. tiba-tiba.. jeng..jeng..jeng... ternampaklah sesuatu terbaring diatas jalan.. ohhh.. accident kah?? kiteorang pun beramai-ramai mengerumuninya.. berlumuran darah?? ohhhh.. alangkah malangnya nasibnya dilanggar lari.. siapa laa punya kerja ni?? tak bertanggungjawab betul. Namun begitu, kami nampak kepalanya yang terkulai-kulai dan jari-jarinya masih bergerak-gerak.. dan sedang dia merangkak ke tepi mencari tempat berteduh, sekali lagi di hadapan mata kami, dia dilanggar tanpa belas kasihan.. OHHH TIDAKKKK!!! kami mengerumuninya sekali lagi, sangatlah tragis keadaannya... isi perut dan biji matanya terkeluar.. tapi tiada siapa yang mampu menolong melainkan melihat saja.. dia pergi begitu saja.. ohhh....sangatlah malang nasibnya.. semoga rohnya dicucuri rahmat..



nota-noti: esok pagi kelas pukul 8 pagi.. ARGGHHH.. T_T~


Sunday, February 21, 2010

Tu la sapa suruh.. Ish..ish..ish..

Kalau sesiapa yang follow blog saya ni, anda akan perasan sesuatu.. ya, blog saya telah berubah wajah.. dari hitam putih kepada warna coklat+merah+oren+apa ntah.. tapi saya masih suka blog dulu..HUHU.. Tapi suka la jugak yang ni, kalau tak, buat apa tukar?? kan..kan..?? HEHE.. Tapi entah kenapa tangan saya ni terlalu laa gatal lalu menukar begitu saja tanpa berfikir panjang.. Makanya, macam-macam laa nak jadi. Itu tak kena, ini tak kena.. Tu la cik amalina oii, tak ada sapa yang suruh awak tukar wajah.. buat pembedahan plastik la konon.. erk.. bukan pembedahan plastik di wajahku..oh tidak sama sekali.. pembedahan plastik (plastik ke???..) ke atas blogku ini.. sebagai buktinya, saya telah mengekalkan header yang lama.. tapi tak muat pun sebenarnya nak letak header tu.. gagahkan nak letak header juga.. ish..ish..ish.. lepas tu mula laa nampak pelik-pelik.. lagi satu, navbar pulak hilang.. adoi laa.. memang camtu ke?? ada sesiapa yang tahu macam mana nak letak balik navbar?? dah tu pulak, segala link komen mende tu tak ada jugak.. bertambah adoi(s) laa.. padan muka lu, sapa suruh tukar layout, kan semua benda nak hilang.. belagak la konon nak try in error.. dah error sungguh dah ni. HAHA. tapi dah tak larat dowh nak tukar balik walaupun ada save template yang lama.. kalau tukar balik, alamatnya sia-sia je la aku buat semua ni. buang masa dan tenaga..HUHU.. lebih baik aku tidur tadi.. adoi(ss) laa.. nasib nasib.. =(..~





nota-noti: malasnya.. petang nanti dah nak balik U.. cutiku sudah berakhir..HUHU.. Sangat tidak suka yang teramatlah tidak..GRRRR..

Friday, February 19, 2010

Cakaplah.. Suka ke tak suka??

Uih garangnye titleku.. uhuk2.. Erk, tadi pukul berapa ntah singgah la jap kat geng blogger, saja laa tengok kot2 ada entry2 yang terbaru ke (sure laa ada, ape laa aku nih..).. Dalam keenakkan meng'scroll' mencari blog2 yang best untuk dibaca, tetiba terpandang laa title blog ni "Masih Ada Blog Sebegini?" by saudara Mohd Nasri.. Cam best je, hehe ushar cket.. =).. Baca punya baca, beliau ada bercerita mengenai ada sesetengah blog2 yang blogger lain tak suka (lebih kurang laa).. Antara sebab2nya ialah blog tu banyak sangat widget la..bla..blaa..blaa.. tu salah satu contoh la..huhu.. ngeri saya dengar.. Bukan apa, saya takut blog saya ni pun ada orang tak suka ke apa ke..huhu..


Saya suka tengok blog2 orang lain, semua cantik2 je, teratur je. Entry pun semua best2.. Rasa kerdilnya diriku ini berbanding dengan blogger2 senior yang lain.. Macam mana nak jadi blogger yang baik ye? Macam mana nak tahu apa yang orang suka, apa yang orang tak suka? Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Kalau ada komen apa2 tentang blog ni, silakan lah utarakan yer.. Kalau ada cadangan pun boleh jugak.. kongsi laa dengan saya..





At least, bolehlah ubah pape.. tambah apa yang kurang, buang apa yang terlebih.. (betul ke ayatku ini??..hoho..).. Help me okay wahai blogger2 yang comel lote, kiut miut dan kacak macak sekalian(haha bodek2..=p)..


lalalala...~(^_^)


Klik laa saya..!! ^^

Holla semua.. sy ada something yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua.. mesti korang suka..=).. kepada sesiapa yang pernah tengok, tak pe laa abaikan je.. tapi what do u say?? best kan..kan?? hehe.. kepada yang belum pernah tengok tu, try laa klik kat gambar orang lidi tu.. kemudian klik "Play", tinggalkan tetikus anda.. tengok je apa yang berlaku yer..=).. saya tak tahu laa siapa punya kerja nih.. sangatlah kreatif okay..!!! Enjoy!! (^o^)




Wednesday, February 17, 2010

Mai laa ushar sat...


Hari ni tak ada post lagi la..huhu.. sy tak tau nak post apa.. lagipun, sy tengah tolong "makcik" sy edit2 blog dia.. wah2, blog sendiri pun tak terurus, nak tolong wat blog org lain.. pe kes nih?? hehe.. tapi tolong menolong tu kan amalan yang mulia.. hehe sy memang tak arif bab2 ni, apatah lagi baru je nak berjinak2 dengan blogging ni.. tapi dah orang mintak tolong, kita tolong laa setakat mana yang termampu.. hihi.. dah tolong tu kan, tolong laa sampai habis.. so sy nak promote la blog beliau.. hehe tapi still under construction lagi.. hehe..



Actually "makcik" sy ni dealer AVON.. so, kalau sesiapa yang berminat untuk jadi dealer/sales leader, boleh laa contact beliau.. dan kalau nak beli barang pun boleh juga.. so, jangan lupa singgah2 laa kat blog dia ye untuk mengetahui dengan lebih lanjut..please support her.. thanx..=)





kelik pada gambar or link di bawah ye..(^_^)




p/s: blog sy ni pun under construction jugak.. tapi tak tahu ler sampai bila.. kalau orang buat rumah dah siap, sy punya blog tak jugak siap..haha.. =p..~

Monday, February 15, 2010

Give-away contest @ Radiusite..!!

Holla.. hye..hye.. kali ni sy nk wat review cket psl blog radiusite yg dimiliki oleh kak ika n abg isk.. blog diorg ni jual pelbagai jenis shawls2 yg sgt2 laa cantik, gojes dan sewaktu dengannya.. da byk shawls sy beli ngan kak ika.. hehe memg puas ati laa wa ckp lu.. so, pe kata korg yg minat pkai shawls or baru nk berjinak2 ngan shawls ni, sila2kan laa jenguk ke blog radiusite nih k..=).. harga plak.. korg tak pyh risau sebab harga dia memg berpatutan..(^_^)..kalau ada yg berkenan, bolehlaa beli ye.. hehe..




Ni sneak preview antara shawls2 yg ada dijual di radiusite..=)
p/s: kak ika, pnjam gmbar2 jap eh.. hehe.. tujuan nk promote je.. hehe






happy shopping @ radiusite..=) ~

[PART 1] Bila tangan mula menggatal....

Ye, bila tangan mula menggatal, semua benda yang ada di sekeliling boleh dijadikan 'mangsa' dan ditransformasikan dalam bentuk seni yang unik dan cantik..=).. Contohnya......















ada lagi nih.... banyak sungguh idea dia noo..















Tengok laa tu, orang ni sure tak ada keja.. keja dia (biar sy teka...) pukul lalat2 yang sedang menjengah ke restoran beliau mencari makanan yg besh2.. namun begitu, ajal dan maut itu di tangan Tuhan.. (sob..sob..T_T).. lalat2 ini telah mati dipukul oleh tuan punya restoran..(hambik ko lalat..!!).. Banyak faedah yang diperolehi jika lalat mati.. antaranya:
  • Lalat yg mati menyumbangkan jasanya sebagai bahan sumber seni bagi penggemar seni seantero dunia
  • Mengisi masa lapang mana2 tuan punya kedai yg boring2 tu.. so time tak ada pelanggan, bolehlah mereka mencuba aktiviti yang menarik ini..=)
  • Paling penting, makanan2 berada dalam keadaan baik dan tidak terjejas dek kekurangan lalat di semua restoran2 di dunia..~

Sunday, February 14, 2010

Gusi kering tak.. Tak kering gusi kot.. lol

Apa punya tajuk daa.. sy pun kurang mengerti..=p.. Anyway, untuk 2nd entry sy kali nie, nak kongsi cket beberapa cita lawak.. Org ckp, ketawa tu penawar duka.. so, hrp2 kepada sesiapa yg tgah tangkap leleh sbb x ley jumpa makwe or pakwe dia, or yg xley balik cuti chinese new year tuh, hrp2 enjoy ngn lawak yg x brapa nak king ni..hehe..=))


LAWAK I : Tidur hotel

Makcik Melah datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anaknya yang berkahwin dengan orang kaya di bandar tersebut. Kononnya tidak mahu menyusahkan anaknya kerana dia tiba lewat, dia terus saja menyewa sebuah bilik hotel mewah di sana. Niat yang sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk pada Makcik Bibah, kawan sekampung yang dibawanya bersama. Setelah membayar wang deposit, Makcik Melah dan Makcik Bibah pun dibawa seorang pekerja hotel untuk ke bilik mereka. Ketika pekerja tersebut menutup pintu, Makcik Melah kehairanan dan memandang sekeliling. Tiba-tiba saja dia melenting dan memarahi pekerja tersebut. "Eskius me! (dalam loghat Melayu), makcik bayar bukan seringgit dua tau? Makcik bayar beratus-ratus ringgit untuk tidur di sini, bilik macam ni yang kamu bagi pada kami?". Pekerja tersebut hanya mampu tersenyum. "Dengan biliknya sempit, tak ada katil. Bilik air pun tak ada. Kalau macam ni, baik tidur kat masjid saja! Penipu betul hotel ni," sambung Makcik Melah untuk menutup malu pada kawannya. Akhirnya pekerja tersebut pun bersuara, "Makcik, bilik makcik di tingkat lapan. Kita belum sampai pun ke bilik makcik. Ni baru naik lif je." Apalagi, Makcik Melah terduduk malu!






LAWAK II : Salah pilih menantu

Pak Imam suka benar dengan Kudin. Baginya, Kudin adalah pemuda paling sesuai untuk dikahwinkan dengan anak gadisnya, Markinah. Tambahan pula si Kudin hebat berlakon, di depan Pak Imam pijak semut pun tak mati. Tak pernah lekang dari songkok dan buku agama. Memandangkan Kudin juga menyukai anaknya, Pak Imam segera menikahkan Markinah dengan Kudin. Markinah tidak membantah kerana dia juga sukakan Kudin. Pada malam persandingan mereka, Kudin dan Markinah tidur lewat kerana banyak berkemas dan membasuh pinggan. Keesokan paginya, Pak Imam mengejutkan isteri dan anak-anaknya untuk solat Subuh bersama. Memandangkan Kudin terlewat, Pak Imam meminta Kudin untuk sembahyang sendirian kerana mereka sekeluarga telah selesai melakukannya. Kudin pun bersolat seperti biasa dan mengakhiri solatnya dengan bacaan doa. Sebaik saja Kudin selesai sembahyang, Pak Imam pun bertanya padanya, "Ayah tengok kamu sembahyang subuh tiga rakaat. Sejak bila subuh tiga rakaat menantuku?". "Eh, saya sembahyang tiga rakaat ke pak? Saya rasa cukup tadi empat rakaat." Alamak! Yakinnya Kudin menjawab pertanyaan bapa mertuanya itu. Anda sendiri tahu kan apa maknanya?






LAWAK III : Kes perasan

Pada satu petang, seorang gadis cantik menaiki kereta api yang sangat sesak. Untuk seketika, semua yang ada di dalam kereta api tersebut memandang gadis itu. Tambahan pula dengan gayanya yang lemah lembut dan wajahnya yang manis, kebanyakan lelaki memandangnya tanpa berkelip termasuklah seorang pemuda. Pemuda tersebut lantas bangun tetapi dengan pantas gadis itu menghalangnya. "Terma kasih. Tapi, saya lebih suka berdiri. Awak duduklah." Pemuda tersebut yang kehairanan terpaksa duduk kerana laluannya dihalang gadis itu. Sekali lagi pemuda tersebut bingkas bangun dan seperti tadi, dia tetap dihalang. "Tak perlulah nak susah-susah. Bukankah saya kata, awak duduk saja." Dek kerana tidak tahan lagi, pemuda tersbut membalas, "Saya peduli apa awa suka duduk atau berdiri. Saya nak turunlah. Sebab awak saya sudah terlepas dua buah stesen. Perasan betul!".





LAWAK IV : Beli TV

Seorang pakcik tua pergi ke kedai barangan elektrik untuk membeli televisyen baru. Setelah puas melihat-lihat sekeliling kedai, pakcik tersebut bertanya pada salah seorang pekerja di sana.

Pakcik: Di sini ada jual televisyen hitam putih tak nak?
Pekerja: TV macam tu dah tak ada lagi pakcik. Kami hanya jual TV warna sekarang.
Pakcik: Tak pernah pula pakcik mendengar tentang TV warna. Bagus ke?
Pekerja: Sudah tentulah pakcik. Pakcik nak yang macam mana?
Pakcik: Erm... Pakcik nak TV warna hijau satu boleh?
Pekerja: ???




hehe... amacam?? ketawa smpai tak kering gusi atau gusi2 anda sekalian sudah kering? haha..
hope uolls enjoy yer membaca lawak yang tak seberapa ini.. ~