Sunday, May 9, 2010

Mood : . . . dah tak ada mood la . . .

Testing 1.2.3. Ehem-ehem. Macam mana ye nak mula. Ngee~.. First and foremost, assalamualaikum to all readers. :). Speaking orang putih la pulak. HEHE. Secondly, aku nak mengumumkan bahawa pada tanggal 5hb Mei 2010, jam 5.15 petang, secara rasminya aku telah selesai keenam-enam papers untuk sem ini dan juga berakhirlah kehidupanku sebagai seorang pelajar. Opps. pembetulan ye, sebagai seorang pelajar tahun dua. Makanya, bila start je semester depan, aku dah masuk tahun ketiga lah ye dan insyaallah tahun terakhir. Tak sabarnya nak bebas dari semua ini. oh aku dah penat. sungguh dah penat nak belajar. kalau orang tanya, "Eh hang nak sambung master ke lepas ni?" dengan lancarnya aku menjawab " oh tidak sama sekali. aku dah penat la nak belajar. T__T. kalau tak nak belajar, nak buat apa ye? kerja? HEHE. kerja apa yang aku boleh buat? kahwin? oh dah gatal sangat ke? HAHAHA.. entahlah labu. :D.


yeay! kiteorang dah habis exam!! weehuuu..^__^

Sem 4 ni sangat memenatkan. ini seriussss (wonderpets.:p). oh ya, kau ingat kau dah habis segala mak nenek exam semua, everything's going back to normal la. oh tidak sama sekali. your journey's not end here bebeh. Bermula 10hb Mei 2010, dengan rasminya, aku akan memulakan latihan industri (LI) atau bahasa senang faham praktikal. Adoi la. lepas satu, satu. kantoi tak pass matematik. lepas satu, dua la makcik oi. ISH. ISH. ISH. Serabut binti serabai kepalahotakuberjambul. HAHA. Pantang tok nenek aku, cuti aku burn sebab nak kena pergi LI. ya ampun, dalam hati hanya tuhan saja yang tahu. T____T. tak nak pergi la woi. tapi apakan daya, mau tak mau, terpaksa gagahkan hati dan perasaan pergi jugak LI ni. kalau tak pergi, alamatnya tak grad la aku. lagi la parah. HUHUHU.

katakan TAK NAK kepada LI !!

Makanya, seperti yang telah diberitahu dalam entri yang lepas, aku dapat buat LI dekat kilang area Perai, Penang. thank GOD. Nasib baik la tak jauh. Kalau jauh, perghh bertambah-tambah dan tambah (tiada tolak ye) malas la aku. jadi, selama 2-3 hari yang lepas, aku sangat bizi sebab nak settle semua-semua ni seperti hal sewa rumah, mengemas barang-barang dan sebagainya. sebab tu tak boleh nak updating my bloggie ini. :D. tapi sebenarnya tak ada la bizi sangat, HEHEHE. saja je nak buat teruk. HUAHUAHUA.. :D. Anyway, Alhamdulillah semuanya dah selesai. Esok dijangka akan berpindah ke rumah baru. woohoo. seronok tapi tak seronok pun sebenarnya. T___T. dengan ini, bermulalah kehidupanku sebagai orang bujang di seberang. seberang perai ja pun. dok buat teruk macam duduk kat seberang laut indonesia nun. bukan jauh mana pun. kentut pun dengaq. haa pemohong dah la tu. HAHAHA. haa, penyakit sewel dah menyerang la ni. tu yang merapu meraban hak bukan-bukan. maklum sajalah dah lama tak membebel kat blog ni. aku pun dah berbuih mulut, lenguh tangan dan jari jemari menyebut dan menaip perkataan blog bersawang. korang yang baca pun nak termuntah ke dah muntah dah pun. wallahuallam. HAHAHA. i think i should stop here. letih lah hari ini. weee. esok-esok aku update lagi ye blog ini. nak kena activate balik blog ni. HEHEHE. :)

nota-noti: penat semalam belum hilang, ditambah penat hari ini. penat esok belum tahu. oh tapi semestinya penat-penat belaka. T___T

mari tido. zzZZzz

1 comment: