Wednesday, March 31, 2010

Nak kena diet ni !!!!


Diet beb jangan tak diet..!!


Kenapa 'kau' gemuk? ARGHH tak tahan sudah. Dalam kepalahotak aku buat masa ni nak kena diet..Nak diet..Nak diet.. Nak diet !!!! Sebelum jadi obesiti yang terlebih lebih melampau, lebih baik aku lakukan sesuatu. Ohh..T__T.

Tadi bangun pagi sambil breakfast roti cokelat gardenia sama milo panas, seperti biasa bukak laptop tengok blog. Tetiba tergerak hati nak berblogwalking ke blog saudara nescafe ais, nak tengok kot-kot ada tutorial yang best ke untuk kasi canggih manggih sikit blog aku ni. Ahakz. Namun begitu, tengah syok-syok search tutorial, ternampaklah satu entri ni. Perasaan nak kasi blog nampak canggih manggih tadi bertukar kepada manggih (buah manggis) masam yang dicicah sos tomato (eiyek, sedap ke?) bila aku timbang berat blog.



Source: Google


Alangkah dukacita dimaklumkan, blog aku dah tahap obes yang melampau gila. Silap hari bulan boleh dapat kencing manis..T__T. Menurut blog beliau, nilai saiz yang terbaik bagi sesebuah blog adalah di bawah paras 100kb. Nak tau aku punya blog ni saiz apa?




303.55KB tu beb..!!! Obes tahap gaban dah ni. Kalau manusia pun, tak gemuk macam ni. Ish..ish tak boleh jadi ni. Memang blog ni kena diet. HUAHUA.. XD. Korang ingat manusia je yang kena diet, haa ni zaman sudah berubah, teknologi semakin maju, blog pun kena diet tau..!! HAHA. Makanya, untuk menjalani proses diet yang berkesan, aku nak kena workout balik blog aku ni. Nak kena renovate balik blog ni, buang lemak-lemak yang tak patut tu. Buat menyemak je. Mungkin aku akan tukar layout juga kepada layout yang simple sikit tapi mantop. Aku pun memang dok 'taram' lama dah template layout ni sebab macam-macam problem yang timbul. Jadi inilah masanya nak workout habis-habisan. Amek ko.!!! HAHAHA. Tapi aku tak pasti sama ada boleh buat dalam masa terdekat ini atau tak sebab kekangan masa yang serius. Ohh tolong-tolong. T__T. Jadi kepada pembaca sekalian, kalau tengok blog aku ni tak macam serupa blog dah, faham-faham je la ye, beliau tengah exercise..yeah. fighting!!!


Source: Google


Haa korang tak nak ke timbang blog korang? Kalau nak tau, korang boleh klik kat sini. Ntah-ntah ada yang lagi obes dari aku. HUAHUAHUA.. :D. Tapi buat masa ni, aku la ratu obes blog. yeah!!..



Nota-noti: Bukan blog aku je yang kena diet, ni tuan punya blog ni pun kena diet jugak. Ades. T__T. Marilah sama-sama diet mendiet.~

Tuesday, March 30, 2010

Mari Jawab Tag

Sebelum ni asyik dapat award je kan, kali ni aku nak jawab tag pula ye. Aku ditag oleh kawan baru aku yang satu kepala dengan aku juga merupakan sepupu Ilham (haha tetiba je. aku baru tau). Beliau adalah cik huzai. Arigatou neh..^__^. ok mari kita jawab tag ini.

1. Who urself at home?
~ Aku adalah seorang anak sulung dan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Omar Hassan dan Salmah Shahidan.

My queen and king of my heart..(^__^)

~ Aku juga merupakan kakak yang mithali (bweekkk) kepada seorang adik lelaki yang sangat tak boleh belah.


Aku dan adik aku yang tak boleh belah


~ Aku merupakan seorang cucu yang paling disayangi (bweekkks) oleh tok dan tokwan terutamanya sebelah mak sebab aku duduk dengan diorang.


Tokwan + Tok..Love both of them..

2. Who urself besides a friends?

~ Kawan-kawan aku kenal aku dengan nama-nama seperti:
Amalina, Mama, Amal, Amalina Dangdut, Malina, Melin, Ama, Mal, Doraemon, Yuna(HAHA..tiba-tiba)
~ Seorang yang suka datang lambat ke kuliah dan lambat dalam segala macam benda.
~ Seorang yang baik, tidak tegas, suka ikut cakap orang, suka percaya apa sahaja yang diperkatakan.
~ Seorang yang .... erk.. nak tau kena tanya la kawan-kawanku..HEHE


BFF ^__^

3. 5 things that you aspire but have not achieve yet.

~ DSLR
~ Pergi menunaikan Haji
~ Melancong seluruh dunia
~ Jumpa artis K-pop dan J-pop yang aku die hard tak kisah la sesiapa pun..^__^
~Jadi seorang yang lebih baik


4. who is your spouse's name?
Menatang apa ini? Spongebob Squarepants kot..KOH KAH KOH KAH..:D


5. 5 things you like most about your partner?

~ Bukan seorang perokok
~ Tak kisah dalam bab tolong-menolong aku dalam apa-apa situasi sekalipun
~ Boleh menerima aku dengan seadanya walaupun banyak kekurangan diri ini
~ Orang Kedah (HAHAHA..=p)
~ Dia adalah dia


6. the date when you couple?
26 Mac 2007..:)


Kenapa tiba-tiba soalan 7 dan 9 pasal Ex pulak. Adehh. gua rasa gua tak payah jawab kot. Tak pernah ada ex okey..^__^


7. the bitter memories with your EX-partner?
nenoneno~


8. What is your love theme song?
Biar Jasa Jadi Kenangan (takbolehbelah)..=p


9. what changes you want to see from your EX-partner?
nenoneno~


10. tags 10 of your others friend.
Adeh. mestikah 10? Kalau 5 boleh? HEHE. Suka suki aku la kan, aku yang punya tag.

~ Ain




~ ????

Opps.. 4 orang je yang mampu aku tag. HUAHUAHUA. =D. Tapi kalau sesiapa yang nak men'voluenteer'kan diri tag diri sendiri, dengan segala hormatnya dipersilakan okey.(",)


Nota-noti: seronok juga main tag-tag ni. (^__^)

'Oh mama.. Saya mahu...'

Kalau sesiapa ada terbaca atau tertengok entri award aku yang sebelum ni, aku ada cakap ada hint untuk entri seterusnya..kan..kan..kan.. HEHE.. Sebenarnya aku nak cerita sikit tentang aktiviti hujung minggu aku baru-baru ni.. ohh bukan sebab pergi pasar malam kat Sungai Dua tu okey, sebab lain..:)

Alkisahnya bermula pada hari Sabtu dan Ahad (27 dan 28 Mac) yang lepas, aku telah mengikuti kursus yang dipanggil kursus pra-perkahwinan.. psstt.. aku dah nak kahwin ke?? ehek3.. hemoi hemoi..


"Oh mama, saya mahu kahwin
Kahwin dengan siapa.. dengan siapa saja.."


Source: google


Tak ada la, umur baru 21 tahun jagung, diri sendiri pun tak terurus ada hati mau kahwin?? ohhh tidak sama sekali.. silap-silap kena pannggg dengan mak mertua baru hang ada akal..HOHOHO.. Aku sebenarnya saja-saja menggatalkan diri pergi ke kursus kahwin tu.. tapi tak lah gatal juga.. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kepergianku ke kursus kahwin ialah:

  • Kawan
Dah geng-geng aku sampai 5 orang ajak, apa lagi, serbu je la.. sementara ada kawan, baik pergi kan.. lagipun nanti nak kahwin memang kena pergi pun.. betul tak??


classmate aku yang sama-sama pergi kursus kahwin

  • Wang ringgit
Seperti biasa la, kalau dah namanya student tu, banyak kelebihan yang anda perolehi..kan..kan..kan.. semua benda yang mahal jadi murah.. senang cakap dapat diskaun la..HEHE.. makanya, aku pergi kursus ni atas tiket sebagai student USM, jadi kena bayar RM70 sahaja. Kalau orang luar tak salah aku kena RM80.. walaupun diskaun RM10 je, tapi ok la beb.. sapa nak bagi kat ko RM10 kan..kan.. topup pun lepas ni..^__^


Source: google

  • Lain-lain
HAHA.. faktor lain tu termasuklah sijil kursus kahwin ni valid seumur hidup.. makanya kalau nak kahwin lagi 10 tahun pun, korang nak guna sijil ni pun boleh. tak payah nak susah-susah pergi dah.. melainkan korang terutamanya kaum Adam yang 'gatal' nak kahwin empat, makanya 4 kali la korang kena pergi kursus kahwin ni..ada paham?? (garangnye makcik..:O)..

Menurut kawan aku, kira lebih kurang gosip la ni okey, dia cakap nanti harga untuk kursus kahwin ni nak naik.. sampai RM300!!! lepas tu, mungkin nak tukar format sikit, contohnya kalau sekarang ni kursus ni diadakan selama 2 hari je, tapi nanti mungkin nak panjangkan masa sehingga seminggu. makanya, aku yang terkejut beruk mendengar info itu mengambil kesempatan yang ada untuk pergi. HEHE.. Tapi aku tak tau la betul ke tak info ni. Kalau kawan aku tipu maknanya korang pun kena tipu dengan aku..HUAHUAHUA..:D..

Tapi nak minta kebenaran nak pergi pun payah bebenar.. aku sangat-sangat-sangat malu nak minta kebenaran kat parents aku.. maklumlah aku ni tak pernah bersembang dengan diorang bab-bab macam ni.. makanya, ini lah akibatnya.. aku rasa muka aku ni setebal tembok perang dah..adoiii.. antara dialog perbualan telefon aku dan mak..

(dalam loghat penang ye..harap maklum..)

Aku: (dengan nada tersekat-sekat dan malu yang amat..) Mak, nak tanya ni.. kawan-kawan ajak pi kursus kahwin..

Mak: Haa?? (blur-blur 5 minit.. sambil gelak koh kah koh kah..) HUAHUAHUA..:D

Aku: HAHAHAHA.. boleh dak? Ramai kawan nak pi ni.. tumpang depa nak pi.. lagipun murah.. bla..bla..bla.. (aku pun mengeluarkan segala fakta dan auta aku dengan nada yang semangat..yeay!!)

Mak: HAHAHA.. kalau macam tu pi la, hang pun dah cukup umuq dah.. HAHAHA.. (mak aku memang suka gelak okey.. ^__^)

Aku: Glupp..???? (adeh, malu gila..)

tapi malu-malu aku ni pun nasib baik la dia bagi green light.. hoorayy..!! terima kasih mak..:)..


******************************************************************************************


Kesimpulannya, selama 2 hari aku menghadiri kursus ni, aku dapat macam-macam.. Yang paling best, dapat makan free la beb (sarapan dan makan tengahari)..HUAHUA.. makan je kerja aku.. bukan setakat makan je, mestilah dapat info-info yang berguna tentang dunia perkahwinan.. dari A-Z.. kiranya aku dah khatam la bab kahwin ni..HEHE.. ujian pun lulus dengan sangat cemerlang, gemilang dan terbilang.. HAHAHA.. :D.. Penceramah pun best-best, lawak gila diorang.. naik semput aku gelak dengar diorang buat lawak..HAHAHA.. apapun, aku kasi 9/10 okey.. ^__^..



modul yang digunakan + sijil (^^)


K.a.m.i dan sijil k.a.m.i ~


nota-noti: macam-macam kerenah orang yang berkahwin ni. Tambah-tambah orang yang bercerai-berai.. Ada yang bercerai pasal kangkung la, televisyen la.. ish..ish.. benda macam tu pun boleh bawak cerai.. inilah dunia..~

Monday, March 29, 2010

Award lagi...^__^


Yeay..!! Aku dapat award lagi la.. tengok la award ni.. piala world cup tuh.. weewiitt..HAHAHA. Tak payah bersusah payah nak tendang bola sana sini, tetiba je dah boleh dapat award.. amacam sempoi tak? HEHE.. Apa-apa pun, terima kasih kepada suka_haha kerana sudi memberi award ni.. sangat-sangat menghargainya okey..^^.. Aku tak begitu mengenali beliau, tetapi yang aku tau, beliau sangat rajin berblogwalking.. HEHE.. buktinya, bila tengok shoutbox, ada je dia.. satu pujian harus diberikan kepada beliau..*clap..clap..* HEHE.. Award ni tak ada syarat, tapi tak best la kan pulun award sorang-sorang.. meh kita kongsi meh..HEHEHE..

Ok, dengan bangganya, cheq nak mengumumkan, bakai-bakai mempelai tahun ini ialah...

~ ain





aku tag 4 orang ye, 2 kumbang dan 2 bunga.. HEHE.. aku pilih rambang je ni.. harap dapat terima award ni dengan hati yang terbuka ye.. ^^..



nota-noti : eh..eh.. tiba-tiba dalam entri ini ada hint untuk entri seterusnya..HEHE.. kalau nak tahu apa, tungguuuuu..melodi..~

Friday, March 26, 2010

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

******************************************************************************************

Kenapa ye aku buat entri ni? Sebenarnya hari ini genaplah 3 tahun ikatan cinta aku dan si dia terbina.. *alo, jiwang karat la pulak makcik hari ini ye*.. HEHEHE.. Tapi aku rasa aku tak nak ulas panjang-panjang pasal ni. Nanti tiba-tiba terdengar pulak suara-suara sumbang yang buat statement, "eleh, macam la ko je yang ada boyfriend, orang lain pun ada jugak" atau "ala, orang lain sambut jugak anniversary, tapi tak kecoh pun".. tiba-tiba je pangggg di situ.. HOHOHO.. tapi boleh tak nak ulas pendek je?? HAHAHAHA.. *ngokk betoi la hang ni makcik*.. acah je..HUAHUAHUA..:D.. Aku rasa lirik kat atas ni dah secukup rasa tolong aku ulas apa yang patut. arigatou cik lirik.. ^^..



nota-noti: Lagu ini bertajuk Doa Seorang Kekasih oleh IN-TEAM. Kepada sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni, sila lah dengar ye. Best je lagu dia.. Kalau nak mp3 lagu ini, korang boleh Klik sini untuk download .. ok?..^^


Credit to LirikNasyid.com dan 4shared

Wednesday, March 24, 2010

Eh.. Eh.. Dapat Award ~


Hooray!! MERDEKA!! erkk.. merdeka sebentar je tau makcik, minggu depan kena berjuang balik..T__T.. Ok untuk meraikan hari merdeka aku, makanya hari ini aku nak langsaikan hutang tag aku.. Untuk pengetahuan korang semua, ni merupakan kali pertama aku di'tag' dapat award.. Tu excited terlebih..HAHAHA.. Selama ni aku sibuk je baca blogger lain di'tag' lah, dapat award la.. dalam hati aku dok angan-angan la jugak, teringin nak kena tag la, dapat award la.. haa akibat mulut aku masin sebab tertelan air laut minggu lepas (bila la masa makcik pi laut ni??), makanya hasratku itu dimakbulkan.. :)..

Kepada Ain, terima kasih bebanyak sebab sudi bagi award ni.. HEHE.. arigatou neh.. ^^.. Ain ni my classmate dan geng sekepala dengan aku kat USM.. HEHE..

Haa, dah dapat award ni, kau ingat kau boleh bersenang lenang la makcik? Ada lagi urusan yang belum selesai ni.. ingat senang nak dapat award.. oohh tak semudah itu.. ada syarat la pulak.. ngeee..~

  • Thank & link the person that gave u the award
  • Pass diz award onto 15 bloggers u've recently discovered n think are fantastic
  • Contact said blogs and let them know they've won the award
  • State 7 things about urself

Insan-insan terpilih.. ^^

7 info mengenai diriku
  • dulu aku merupakan seorang 'penggigit' dan 'pengunyah' ketul ais yang sangat tegar tapi sekarang tidak lagi..
  • aku seorang kipas susah mati terhadap k-pop dan j-pop..
  • aku sangat suka shopping tak kira la window shopping, door shopping dan sewaktu dengannya..
  • aku ada lesen kereta tapi penakut nak bawak kereta..
  • keluarga aku kecil je, ada abah, mak, aku dan adik..
  • aku mendapat pendidikan di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti di Pulau Pinang SAHAJA.. erk.. tak berkembang langsung..
  • aku seorang pengumpul shawls yang hampir tegar..

Kepada anda-anda para bloggers yang di'tag' oleh aku, aku ucapkan tahniah kerana dapat award yang tak seberapa ini.. HEHE.. sekian.

Ohh perihal geng blogger..

Haiyakkk (bunyi mengeliat).. Ohaiyo.. ^^.. Bangun-bangun je terus breakfast roti gardenia jagung sambil minum susu omega plus. Tangan pulak laju je buka laptop sambil jari-jariku ligat menekan papan kekunci untuk bukak blog..HEHEHE.. internet pun tiba-tiba baik la pulak pagi yang dah nak tengahari ni.. kalau hari-hari internet macam ni kan bagus..^^..

Ok la, aku pun tak nak pot pet pot pet lama-lama.. korang pun tahu kan kalau makcik sorang ni pot pet tak berhenti-henti, melalut-lalut je kerja dia..HUHU.. makanya, daripada tajuk entri aku di atas ini, sudah terang lagi bersuluh, aii chewahh berperibahasa la pulak makcik, ntah kena ke tidak peribahasa dengan tajuk pun tak tau..HAHAHA.. apa-apa je la ye, asalkan makcik bahagia.. :).. yo-yo, dah-dah kan aku cakap makcik ni dah melalut-lalut dah..


source google..

Ok, kembali kepada tajuk entri aku iaitu mengenai Geng Blogger (GB).. aku rasa macam ada something wrong somewhere la.. HUHU.. almaklumlah aku ni kan semenjak dua menjak ni dilanda taufan 'busy' yang melampau, makanya aku dah lama tak update blog dan dah lama tak ping dan melawat GB..(banyaknya dan..huhu).. Tau-tau saja semalam, aku pun seperti biasa la, nak bukak GB..rindu sudah mau terjah itu blog. sambil-sambil tu nak ping la sekali.. bak pepatah orang-orang tua, menyelam sambil minum air la kan..HEHEHE.. :D. bila nak bukak, tetiba je dia suruh log in.. selama ni aku log in la jugak, tapi connect pakai akaun facebook.. ni keluar name and password.. macam ni..




apakah?? HUHU..

aku blur gila..*bling bling mataku..$$$$$*.. tapi tak pe la, aku pun isi la name letak aku punya email dan password seperti biasa, tengok-tengok tak boleh.. mata aku sekali lagi *bling..bling..$$$$*.. eden torai pulok nama yang aku guna dalam geng blogger Nur Amalina dan password seperti biasa... ehhhhh tak boleh jugak laa.. adoi-adoi.. sekali lagi *bling bling..$$$$$*.. lepas tu aku mula merepek sambil makan kerepek (aku tipu ja) memasukkan segala mak nenek id dan password yang aku guna di dunia, still tak boleh jugak..aiyooo.. apa sudah jadi..HUHUHU.. aku tertanya-tanya sendirian, aku ni kena block ke?? HUHU.. apa salah aku..?? aku ni baru je berblogging, baru je sebulan join GB dan baru ping tak sampai 30 entri.. tu pun kadang ada je entri yang aku tak ping.. wohooo.. dulu sebelum ni aku ada jugak baca entri pasal GB kat blog.ariff, tapi aku macam blur-blur tak paham bahasa..HAHA.. maklumlah aku kan baru dalam dunia ni, makanya aku tak mengerti sangat apa yang diorang sembang, tapi layan je la..HUHU.. tup..tup lebih kurang hampir 2minggu ++, tiba-tiba jadi macam ni pulak.. sesiapa yang tahu please help me.. HUHU.. kesian kat aku terkontang-kanting tak tahu cerita..T___T..


nota-noti: semalam aku nak tulis dah entri kemusykilanku ini, tapi tak sempat la pulak, mata aku pun dah layu-layu dah..