Sunday, February 14, 2010

Gusi kering tak.. Tak kering gusi kot.. lol

Apa punya tajuk daa.. sy pun kurang mengerti..=p.. Anyway, untuk 2nd entry sy kali nie, nak kongsi cket beberapa cita lawak.. Org ckp, ketawa tu penawar duka.. so, hrp2 kepada sesiapa yg tgah tangkap leleh sbb x ley jumpa makwe or pakwe dia, or yg xley balik cuti chinese new year tuh, hrp2 enjoy ngn lawak yg x brapa nak king ni..hehe..=))


LAWAK I : Tidur hotel

Makcik Melah datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anaknya yang berkahwin dengan orang kaya di bandar tersebut. Kononnya tidak mahu menyusahkan anaknya kerana dia tiba lewat, dia terus saja menyewa sebuah bilik hotel mewah di sana. Niat yang sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk pada Makcik Bibah, kawan sekampung yang dibawanya bersama. Setelah membayar wang deposit, Makcik Melah dan Makcik Bibah pun dibawa seorang pekerja hotel untuk ke bilik mereka. Ketika pekerja tersebut menutup pintu, Makcik Melah kehairanan dan memandang sekeliling. Tiba-tiba saja dia melenting dan memarahi pekerja tersebut. "Eskius me! (dalam loghat Melayu), makcik bayar bukan seringgit dua tau? Makcik bayar beratus-ratus ringgit untuk tidur di sini, bilik macam ni yang kamu bagi pada kami?". Pekerja tersebut hanya mampu tersenyum. "Dengan biliknya sempit, tak ada katil. Bilik air pun tak ada. Kalau macam ni, baik tidur kat masjid saja! Penipu betul hotel ni," sambung Makcik Melah untuk menutup malu pada kawannya. Akhirnya pekerja tersebut pun bersuara, "Makcik, bilik makcik di tingkat lapan. Kita belum sampai pun ke bilik makcik. Ni baru naik lif je." Apalagi, Makcik Melah terduduk malu!






LAWAK II : Salah pilih menantu

Pak Imam suka benar dengan Kudin. Baginya, Kudin adalah pemuda paling sesuai untuk dikahwinkan dengan anak gadisnya, Markinah. Tambahan pula si Kudin hebat berlakon, di depan Pak Imam pijak semut pun tak mati. Tak pernah lekang dari songkok dan buku agama. Memandangkan Kudin juga menyukai anaknya, Pak Imam segera menikahkan Markinah dengan Kudin. Markinah tidak membantah kerana dia juga sukakan Kudin. Pada malam persandingan mereka, Kudin dan Markinah tidur lewat kerana banyak berkemas dan membasuh pinggan. Keesokan paginya, Pak Imam mengejutkan isteri dan anak-anaknya untuk solat Subuh bersama. Memandangkan Kudin terlewat, Pak Imam meminta Kudin untuk sembahyang sendirian kerana mereka sekeluarga telah selesai melakukannya. Kudin pun bersolat seperti biasa dan mengakhiri solatnya dengan bacaan doa. Sebaik saja Kudin selesai sembahyang, Pak Imam pun bertanya padanya, "Ayah tengok kamu sembahyang subuh tiga rakaat. Sejak bila subuh tiga rakaat menantuku?". "Eh, saya sembahyang tiga rakaat ke pak? Saya rasa cukup tadi empat rakaat." Alamak! Yakinnya Kudin menjawab pertanyaan bapa mertuanya itu. Anda sendiri tahu kan apa maknanya?






LAWAK III : Kes perasan

Pada satu petang, seorang gadis cantik menaiki kereta api yang sangat sesak. Untuk seketika, semua yang ada di dalam kereta api tersebut memandang gadis itu. Tambahan pula dengan gayanya yang lemah lembut dan wajahnya yang manis, kebanyakan lelaki memandangnya tanpa berkelip termasuklah seorang pemuda. Pemuda tersebut lantas bangun tetapi dengan pantas gadis itu menghalangnya. "Terma kasih. Tapi, saya lebih suka berdiri. Awak duduklah." Pemuda tersebut yang kehairanan terpaksa duduk kerana laluannya dihalang gadis itu. Sekali lagi pemuda tersebut bingkas bangun dan seperti tadi, dia tetap dihalang. "Tak perlulah nak susah-susah. Bukankah saya kata, awak duduk saja." Dek kerana tidak tahan lagi, pemuda tersbut membalas, "Saya peduli apa awa suka duduk atau berdiri. Saya nak turunlah. Sebab awak saya sudah terlepas dua buah stesen. Perasan betul!".





LAWAK IV : Beli TV

Seorang pakcik tua pergi ke kedai barangan elektrik untuk membeli televisyen baru. Setelah puas melihat-lihat sekeliling kedai, pakcik tersebut bertanya pada salah seorang pekerja di sana.

Pakcik: Di sini ada jual televisyen hitam putih tak nak?
Pekerja: TV macam tu dah tak ada lagi pakcik. Kami hanya jual TV warna sekarang.
Pakcik: Tak pernah pula pakcik mendengar tentang TV warna. Bagus ke?
Pekerja: Sudah tentulah pakcik. Pakcik nak yang macam mana?
Pakcik: Erm... Pakcik nak TV warna hijau satu boleh?
Pekerja: ???




hehe... amacam?? ketawa smpai tak kering gusi atau gusi2 anda sekalian sudah kering? haha..
hope uolls enjoy yer membaca lawak yang tak seberapa ini.. ~

4 comments: