Monday, April 12, 2010

MOOD : Study Week

Wah.. wah.. wah.. apa khabar ye blog? Sihat tak? HEHE.. (blog jawab..) ohok..ohok. batuk-batuk sikit, banyak sawang la.. Eh, pandai pulak blog aku bercakap ye. HEHE.. Kesian blog aku ni. Blog terabai. Takpa, ni doktor Amalina ada. Mai sini doktor nak bagi ubat batuk ye, dan bersihkan sawang-sawang yang menyawang di blog ini. Okay. :D

Pheww, lamanya aku tak update blog ni. Seperti biasa, cerita ceriti tu banyak, cuma akibat kekangan masa yang serius, makanya blog ini terabai sehingga terbatuk-batuk beliau. HAHA. Akhirnya, hari ini baru aku ada masa nak update blog. Seperti yang diberitahu dalam entri sebelum ini, aku sangat busy dengan kuiz, assignment dan presentation. Oh. Akhirnya, semalam baru selesai kesemuanya. Penat der.

Wah kembali kepada tajuk ye. Tadi tu iklan je. HEHE. Mood: Study Week. Tajuk tak boleh belah. HAHA mood study week ke makcik. Kau setadi ke setido ye. Takpun layan facebook. Opps. Okie dokie, walau apa pun mood aku, terimalah hakikat bahawa minggu ni dah start study week. Haih, tetiba je pejam celik pejam celik dah study week. Aku rasa macam baru je start sem 2. HUHU. Apakah itu study week?


Source google diedit oleh saya. :)

Oh study week itu adalah waktu untuk kita study dan revise balik notes-notes, fahamkan balik apa yang lecturer ajar dalam kuliah. Kiranya persediaan sebelum berjuang di medan peperiksaan la. HEHE. Oo pandainya makcik jawab. HEHE 100 markah untuk makcik. Tapi kan makcik, makcik buat tak apa yang makcik cakap tadi tu? Erkk.. makcik..makcik.. ngeeee.. Pangg di situ. Dan dan gagap. adess ini lah saya. Faham maksud study week tapi tak pandai nak mengaplikasikannya. Eh makcik, kau ada lagi beberapa hari tau nak exam. Insaflah der, kembali ke pangkal jalan. HAHAHA. Aku tak sesat lagi okay. Tadi aku baru print slip exam. Nak tengok tak? HEHE. Kalau tak nak tengok, pejam mata ye anak-anak.


Slip peperiksaan sem 2 sidang 2009/2010


HEHE. inilah slip exam aku untuk sem ni. Doakan aku berjaya ye dalam final kali ni. Harap-harap dapat la kasi naik sikit pointer yang jatuh gedebam gedebum tu. HOHO. Tu harapan aku la, tapi kalau tak ada usaha, harapan pun tak guna ye tak. Haa doakan jugak aku rajin stadi sama ye sebab aku ni sangat-sangat-sangat malas okay. HAHA.. peace~


Source: google

nota-noti: kepada para blogger yang nak menduduki atau sedang menduduki peperiksaan, all the best saya ucapkan ye. sama-samalah kita memperolehi keputusan yang cemerlang dalam final exam kali ini. Amin. ~

3 comments:

  1. slamat berstadi yer huhu kalo tensen dengar la halwa2 telinga kita tu.. huhu xpun cr aku tau la aku nak watpa.. huhu cewah mcm tau sgt padahal xtau apa.... huhu k la kepada rakan2 sekalina gud luck ya....

    ReplyDelete
  2. @pakcu: good luck jugak kepada seniorku..:)

    ReplyDelete