Wednesday, March 10, 2010

I Love Them ~ [Part II]

Continue....
Seperti biasa, pesanan penaja - entri ini banyak gambar.. selamat mencuci mata-mata..^^


Part II ni kira macam kesinambungan daripada Part I, cuma tukar selera dari Jepun kita terbang ke Korea pulak. So, kini ceritaku tentang k-pop.. Aku sangat-sangat-sangatlah addicted dengan k-pop .. HEHE.. dulu-dulu-dulu suka dengan j-pop je, tapi sekarang dah melarat ke k-pop macam terkena virus H1N1 pulak..

1st boy band yang aku minat ialah SS501.. dan 1st lagu yang aku suka ialah Dejavu.. lagu ni la yang membawa aku ke arena ni.. wah..wah.. tak boleh belah..=p.. Aku mula tau lagu ni sebab main game SDO ada lagu Dejavu.. HAHA.. Ada lagi lagu-lagu best diorang antaranya, Ur Man, Snow Prince, A song Calling for you, Because I'm Stupid (OST Boys Over Flower) dan yang paling latest Love Like This*.. ~ Semuanya best2 belaka..


SS501

Hyun Joong juga berlakon dalam Boys Over Flower sebagai watak Yoon Ji Hoo..




Selepas tu, my unnie, nanako-chan yang sedang gila itu juga sekali lagi mengajak aku gila berjemaah.. HAHAHA.. aku diperkenalkan dengan Super Junior yang dianggotai oleh 13 orang.. Mak oii, ramai bebenor..HEHE.. Waktu tu tengah famous lagu Sorry Sorry..


Super Junior

Tapi sekarang ni bukan setakat sorry sorry ja aku gila, segala mak datuk lagu diorang aku suka.. Antara lagu-lagu diorang yang best, It's You, U, Marry You dan paling latest Sorry Sorry Answer*.. yeay, aku agak tahap fanatik la jugak.. HOHO.. ni diorang nak datang Malaysia.. sedih tak terkira tak dapat nak pergi.. T__T..

Diorang ni jugak ada subgroup lain contohnya Super Junior M, Super Junior K.R.Y dan lain-lain.. Aku kadang-kadang layan jugak game show dan talk show diorang.. seperti biasa, video-video tersebut di'supply' oleh nanako tersayang.. HEHE.. kadang-kadang tak ada sub, tapi aku gagah jugak tengok.. minat punya pasal, belasah je.. Kadang-kadang gelak sorang-sorang, padahal tak faham sepatah haram pun.. HAHA.. tapi enjoy maa.. kan nanako??


SuJu M


SuJu K.R.Y


Haa, lagi satu diorang ada jugak lebih kurang macam slot siaran radio yang dinamakan Sukira Radio... best kan..^^..



Tak lama kemudian, sekali lagi beliau "menyupply" segala mak nenek mp3 dan video klip boy band dan girl band korea.. maka kegilaan aku makin lama makin memuncak melepasi tahap j-pop namun begitu masih boleh dikawal dan masih waras.. Aku mula kenal dengan....


Girl Generation (SNSD)

"Gee gee gee gee baby baby baby...".. First time aku dengar lagu Gee ni, terus aku jatuh cintan kepada unnie SNSD ni.. Ada lagi lagu hits diorang macam Tell Me Your Wish (Genie).. suka gila lagu tu.. dan sekarang layan... oh oh oh oppareul saranghae, ah ah ah ah manhi manhi hae.. HEHE.. OH!.. Ada banyak lagi lagu diorang antaranya Kissing You, Ha Ha Ha, Way To Go dan lain-lain lagi.. Baru-baru ni diorang ada berduet dengan SuJu dalam lagu S.E.O.U.L.. best~..layan..


Next is....


Wonder Girls
Wonder Girls.. siapa tak kenal kan.. sekarang ni tengah meletup-letup bagai bom lagu Nobody.. tapi aku dah tau lama dah (dengan nada yang bongkak!! HAHAHA).. Antara lagu-lagu diorang lagi seperti Tell Me, Irony dan So Hot.. Sekali lagi aku tegaskan seperti sebelum-sebelum ni, best-best belaka.. Layan~.. tapi sekarang lama dah tak dengar perkembangan diorang, tapi dengar kata sorang tu keluar sebab nak sambung belajar..

Next...

Big Bang

Big Bang ni pun antara top 5 dalam list aku laa.. Aku first time tangkap leleh dengan diorang bila dengar lagu Haru Haru.. Best woo.. selepas tu, memang suka gila laa kat Big Bang ni.. Antara lagu meletup diorang, Lies, With You, This Love.. Lagu This Love tu kalau korang dengar ala-ala lagu This Love yang Maroon 5 tuh, cuma tukar versi korea je..HEHE.. Lollipop pun best jugak tapi diorang berduet dengan 2NE1 (salah sebuah girl band).. Sekarang ni yang latest layan lagu Let Me Hear Your Voice*.. ^^

Salah seorang ahli diorang, G-Dragon, turut dikenali secara solo.. antara lagu beliau yang hit, Heartbreaker dan A Boy.. Taeyang pun sama jugak.. Aku suka lagu beliau Look At Me.. =))

Next....



2PM (pic yg still ada Jaebom..T__T)

"Again..again..again..again..".. Aku diperkenalkan dengan lagu ini dan terus lemah jantung.. HOHO.. dulu group ni ada tujuh orang, tapi Jaebom dah keluar parti la pulak dan pergi tak kembali lagi.. T__T... Lagu-lagu diorang yang best antaranya Again and Again, 10 out of 10, I Hate You dan Only You. Sekarang ni layan Tired of Waiting..best gilak~


Next....

SHINee.. Setelah sekian lama, barulah aku menyedari ke'bes'an SHINee.. Aku suka gila tengok diorang menari.. tambah-tambah si Taemin yang comel itu.. Key pun pandai jugak, tambah-tambah bab tiru girl band.. HAHA.. no one can challenge him.. Antara lagu diorang ialah Juliette, Amigo, Love Should Go On, Love Like Oxygen, Replay dan banyak lagi. Lagu yang best tengah layan sekarang Ring Ding Dong.. Tapi JOJO pun bes jugak.. layan~


Next....

DBSK

DBSK atau TVXQ.. sama je dua-dua ni.. Aku minat laa jugak diorang tapi kureng-kureng la jugak.. lagipun dah lama tak tau perkembangan diorang, so ranking tu turun laa sikit.. HEHE.. tapi apa pun aku layan je Mirotic, Purple Line dan Official Wrong Number..=)


Next....


U-Kiss

U-Kiss.. Aku baru nak berjinak-jinak sebab diorang kategori group baru la jugak.. Antara lagu-lagu diorang Talk to Me, Man Man Ha Ni, Without You dan Bingeul Binguel*.. Salah seorang anggota U-Kiss iaitu Kibum merupakan adik kepada Hyung Joon (SS501).. biasa la tu, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. kan..kan..kan..


Dari kiri: Hyung Joon, KiBum


Berkurun lamanya aku didedahkan dengan boy band, semenjak dua menjak ni aku mula didedahkan dengan girl band.. Sebelum ni aku hanya mengenali SNSD dan Wonder Girl, tapi sekarang ni macam-macam ada.. Antara yang aku tengah layan sekarang...


F(x)

Kalau tak silap aku, diorang ni girl band baru.. erk.. agak baru la jugak.. Aku pun tak tau sangat.. HEHE.. first time tau pasal group ni diorang ni time diorang menyanyi lagu Chocolate Love untuk HP LG.. tapi aku suka version SNSD lagi menyanyi lagu tu.. HEHEHE.. tapi lagu diorang Chu~ sangat comel dan aku suka.. HEHE..


After School

After School ni aku tak berapa tau sangat.. Tau gitu-gitu je.. Tapi semenjak ada lagu "Jeongmal dap dap daphae, gap, gap, gaphae, mak mak makhae..".. Aku sekarang ni tengah menggila lagu ni.. HEHE.. siap buat ringtone lagi.. Tajuk lagu ni Because of You.. So baru tau la sikit-sikit.. Lagi satu suka jugak lagu Ah.. boleh la..=)..


T-Ara

T-ara pun boleh tahan jugak.. Layan jugak sekarang ni.. HEHE.. macam lagu Bo Peep Bo Peep dan TTL (Time to Love).. TTL ni T-ara Supernova.. Best-best. Gila jugak la lagu ni..



Kara

Kara pulak aku tau lama dah cuma dulu kureng-kureng sikit.. tapi apa apa pun aku suka lagu Honey dan Mister.. HEHEHE..


Ada banyak lagi boy and girl band yang lain tapi aku tak berapa tau sangat or hanya minat satu atau dua lagu diorang.. setakat layan macam-macam tu je.. contohnya macam 2AM, C.N.Blue, 2NE1, 4 minute, FT Island, MBlaq, ZE:A, Taegoon dan lain-lain..

Yang paling aku suka, diorang ni bukan setakat pandai menyanyi, tetapi juga pandai menari.. suka gila tengok diorang menari, rasa macam dengan kita pun nak menari sama.. HAHA.. tapi hasratku selalu tak kesampaian sebab diorang kan pro.. aku ni apa laa sangat.. syok sendiri boleh laa.. HAHAHA.. menari macam kambing patah kaki ada la.. HEHE..=D



Kesimpulannya, aku lebih banyak tau boy and girl band k-pop berbanding dengan j-pop.. tapi antara kedua-dua ni, j-pop dan k-pop, aku lebih prefer kepada k-pop.. sebabnya aku memang tengah addict gila.. HOHO.. so, ada tak antara korang-korang ni layan j-pop dan k-pop ni??? ke korang layan nasyid?? HEHEHE..


nota-noti(s):
  • * - aku tak pasti adakah itu lagu latest diorang.. tapi itulah yang latest aku tau..HEHE
  • nantikan part 2.5 kat blogger lain pulak ye.. ahakz..^^

2 comments:

  1. haha part 2 dah muncul... huhu tuan2 dan puan2 sabar yer part 2.5 masih dlm proses.. cik nanako agak mengantok sekrang.. so tggu la part 2.5 esok... unnie best best i like it!!! kya~~

    ReplyDelete
  2. hehe.. ye cik nanako.. i'm waiting for part 2.5.. tambah2 laa apa yg patut ye.. hehehe

    ReplyDelete