Thursday, February 25, 2010

My 21st birthday..^^

Sebenarnya entry kali ni dah berlaku 3 hari yang lepas, tapi aku nak upload jugak2.. hari tu tak sempat laa, dengan internet yang sangatlah ayu.. HEHE.. alkisahnya bermula... pada tanggal 24hb Februari 2010, usiaku telah menginjak dari 20 ke 21 tahun.. oohhh.. tidak2.. aku sudah tua.. ehhh, mana tua lagi.. muda remaja lagi..kan..kan..=D.. tapi umur bukan pengukur bahawa kita ni tua ke tak. kalau umur tua tapi masih berjiwa muda, kira muda la kan.. HEHE.. tapi kang orang cakap tak sedar diri pulak, dah tua tu buat cara tua laa kan.. amboi2, pot pet pot pet macam aku ni dah tua gila-gila ja.. HEHEHE.. dah, dah.. tak nak berceloteh panjang lebar.. ni pun aku da rasa panjang gila dah..

okay, dah hari tu birthday aku, aku pun teringin la nak sambut kan.. nak buat kelainan sikit.. kali ni aku nak belanja la sahabat-sahabatku sekalian ini makan kek sebab kiteorang plan lepas habis test management nak pergi melantak McD.. almaklumlah 24jam.. HEHE.. tengok-tengok si kanak-kanak riang ini cakap nak makan McD boleh tapi tak nak makan kek sebab diorang ada meeting mende ntah so tak boleh nak lepak lama-lama kat McD tuh.. aku punyalah kachewa tahap dewa.. HOHOHO.. cuba bayangkan, masa birthday kita, mesti kita mengharapkan sesuatu yang sweet dan nak celebrate.. ni tidok.. HUHU.. ok la, fine, dah ada hal apa boleh buat kan.. T__T

Setibanya di McD, satu lagi bala menimpa.. nak tau apa?? ada segerombolan budak-budak chinese sambut birthday jugak.. PERGHH.. tambah lagi satu PERGHHH apabila mataku tertumpu pada keknya.. CHOCOLATE INDULGE secret recipe dowh.. ARGHHH.. dalam hati ni, hanya TUHAN ja yang tahu.. aku sebak gila tengok.. tapi cover beb.. malu kat sahabat-sahabat ku sekalian.. HUHUHU.. impian aku hancur musnah punah ranah tengok diorang tuh.. mahu nya tak, aku plan macam tu dan memang nak beli kek tuh pun, last-last tak jadi.. tapi tak apa, aku kuatkan hati juga untuk menempuhi masa akan datang.. chewahhh.. HAHAHA..

Ceritanya bermula (dari tadi nak mula, tak mula-mula lagi ka??) apabila aku teman rumetku pergi tandas. Balik dari tandas, kawan aku pulak ajak teman pergi tandas.. aku pun temanlah dia.. setibanya aku di tempat dudukku, nak angkat beg la nak duduk, tengok-tengok ada kotak kek.. aku terkedu 10 saat.. lantas aku terdengar,
"happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to amal, ila and fiza..
happy birthday to you.."


HAHA.. terkejut beruk aku.. budak dua orang lagi ni pun terkejut orang utan.. HAHA.. mahu taknya, sorang dah past tense, 11hb Februari, yang sorang lagi future tense, 10hb Mac.. erk aku kira ok la kan, ngam-ngam je 24hb Februari.. tapi tak apa lah, disebabkan ke'bizi'an yang melanda hidup kami semua, maka semalam dengan jayanya birthday kiteorang bertiga disambut dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.. ahakzz.. =D..



Patut la bagi 1001 alasan, rupa-rupanya diorang dah plan baik punya.. patutlah beria-ia tak nak kasi aku beli kek.. ada udang di sebalik nugget KFC rupanya.. HOHO.. Apa-apa pun, terima kasih daun keladi laa kepada sahabat-sahabatku sekalian.. ~WAWA-ADA-AIN-ALIA~ korang memang berjaya buat surprise tahun ni.. HAHA.. mesti kes balas dendam tahun lepas kan?? hehe.. tahniah aku ucapkan.. =D






nota-noti: aku sangatlah terharu sehingga menitiskan air mata campuran (kachewa+gumbira).. but that night was really shupper dupper fun..!!! ^^

7 comments:

  1. waaaa...aku pon tingin gak nk mkn secret recipe pnya cake...da lme ngidam..sian ank lam prut..hehe

    ReplyDelete
  2. haha tu la hmpa, hehe.. tawaran ditutup.. hahaha.. tak pa la, nnt2 kita p makan na.. hehe

    ReplyDelete
  3. hepy besday..salam singgah dari GB..=)

    ReplyDelete
  4. wah happy belated birhtday..moga panjang umur dan dimurahkan rezeki hehe :)

    erm napa fb awak takleh add??

    ReplyDelete
  5. @pakcu : hehe makasih..=)

    @ F I T: hehe tq2.. eh xley add ka?? xpe2 nnt sy add ye..

    ReplyDelete