Friday, March 26, 2010

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

******************************************************************************************

Kenapa ye aku buat entri ni? Sebenarnya hari ini genaplah 3 tahun ikatan cinta aku dan si dia terbina.. *alo, jiwang karat la pulak makcik hari ini ye*.. HEHEHE.. Tapi aku rasa aku tak nak ulas panjang-panjang pasal ni. Nanti tiba-tiba terdengar pulak suara-suara sumbang yang buat statement, "eleh, macam la ko je yang ada boyfriend, orang lain pun ada jugak" atau "ala, orang lain sambut jugak anniversary, tapi tak kecoh pun".. tiba-tiba je pangggg di situ.. HOHOHO.. tapi boleh tak nak ulas pendek je?? HAHAHAHA.. *ngokk betoi la hang ni makcik*.. acah je..HUAHUAHUA..:D.. Aku rasa lirik kat atas ni dah secukup rasa tolong aku ulas apa yang patut. arigatou cik lirik.. ^^..



nota-noti: Lagu ini bertajuk Doa Seorang Kekasih oleh IN-TEAM. Kepada sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni, sila lah dengar ye. Best je lagu dia.. Kalau nak mp3 lagu ini, korang boleh Klik sini untuk download .. ok?..^^


Credit to LirikNasyid.com dan 4shared

2 comments:

  1. semoga kekal hingga ke sana.. bercinta sampai syurga... hehe

    ReplyDelete
  2. hehe thanks ye..^^ moga doa anda dimakbulkan.. AMIN..

    ReplyDelete