source google
Sebenarnya, aku pun tak tau nak bagi tajuk entry aku kali ni.. adakah ia milik seminggu yang tension.. err.. tak pun seminggu yang bosan.. emm mungkin juga seminggu yang gembira.. HAHAHA.. pape je laa janji aku happy sekarang sebab aku telah berjaya menghadapi minggu ini dengan jayanya.. yeay!! tahniah kepada diriku *clap.clap*..^^
Aku rasa entry kali ni agak panjang daripada entry-entryku yang sememangnya panjang sebelum-sebelum ni.. HEHE.. tapi takpe aku cuba pendekkan sependek-pendek yang mungkin namun masih panjang juga.. HAHAHA.. baik tak payah cakap.. apa daa.. ok la, disebabkan tajuknya pun seminggu, maka ceritaku bermula daripada hari Isnin(1/3) hingga Sabtu (6/3).. HEHE..
Isnin (1/3)
Seperti biasa, hari isnin ni merupakan hari yang malas, liat dan sewaktu dengannya.. mahu taknya, dalam kepala otak ni dah set "ohh minggu yang tension, menyampah gila..pot pet pot pet..".. dah la malam semalam tidur lewat gara-gara buat kuiz management online.. bukan satu kuiz tapi dua kuiz.. Hampeh betul.. dan terbukti apabila kelas pagi tu terkantoi lagi..T__T.. senonohnya budak sorang ni..HUHU.. tapi kelas BI tetap maintain dan masih mengekalkan prestasi setelah di'sound' oleh teacher..HAHAHA..padan laa muka..tahniah..^^..
petang hari pula ada latihan senamrobik.. kali ni all out sebab hari rabu nak presentation pulak.. :(..but i'm happy sebab lepas ni dah tak ada KO-K..yeay!! petangku bermakna kembali..HAHA..
ni la geng senamrobik aku.. kump "BIG BANG"..
ambil sempena nama boy band BIG BANG..HAHA.. fanatik tahap gaban la katakan..=D
Selasa (2/3)
Ada apa ye pada hari selasa ni?? HOHO.. hari ni merupakan hari yang paling pack setiap minggu.. ye la, kelas dari pukul 8 sampai 5..macam office hour la pulak.. tapi kadang-kadang terlebih je sampai 530 petang gara-gara lab kertas.. HAHA.. korang jangan terkejut, kos aku macam-macam ada.. macam sem ni aku belajar buat kertas.. yep, macam kertas yang korang pakai conteng-conteng tu.. Ahakzz.. ^^..
ni la kertas yang kiteorang buat.. guna fiber kenaf..
ni la cik kenaf kita.. HEHE..
tapi eksperimen hari selasa ni bukan lagi kerja-kerja mengopek cik kenaf, tapi dah sampai proses buat kertas dah pun (handsheet).. tengok la nanti kalau rajin aku cerita kat korang.. okay?..=)
Malam ni yang best ni.. HEHE.. bukan apa pun, aku pergi tengok teater je pun.. teater bangsawan.. kisah si Sinbad - Batu Permata Dewa.. meletup tau.. HAHA.. korang mesti tau kan. popular kot teater ni. Sangat lah menarik dan best.. rugi kalau tak tengok.. Antara pelakonnya ialah A.Aris A.Kadir (Sinbad), Jamaliah Azman (Puteri Jasmin) dan Syafinaz Selamat(Ratu Sheeba).. erm, aku kasik 4 1/2 bintang.. okay laa kan.. 1/2 lagi tak tau pegi mana.. naik atas langit kot.. HEHE.. tiket masuk RM5 je, tapi disebabkan aku ni salah seorang VVIP, maka kemasukan aku adalah percuma.. weehuuu.. HAHAHA.. no wonder la percuma kan..kan.. sebenarnya, tiket sold out, sebab tu gua duduk di tangga ayam je..jadi laa asalkan aku boleh tengok dengan aman dan damai.. apa yang penting.. FREEEE.. HAHAHA..
barisan para pelakon serta krew teater Sinbad bergambar
bersama TYT Pulau Pinang dan Naib Canselor USM..
bergambar bersama Puteri Jasmin..=)
bergambar bersama dengan para pelakon teater yang lain
Rabu (3/3)
hari rabu sudah tiba.. yeay!! aku suka hari rabu sebab aku 'free' daripada sebarang kelas.. masalahnya, aku dan rumetku yang mengisytiharkan hari cuti sedunia.. HAHA.. senonoh sekali lagi ye kanak-kanak sekalian.. =p
Walaupun aku cakap free, tapi hari ni Hari Ko-K.. semua manusia yang mengambil Ko-K wajiblah terlibat pada hari ni dan hari esok (4/3).. i mean, pilih salah satu hari la time bila yang free.. masa hari ko-k ni la segala persatuan mak nenek yang ada di USM ni berkumpul kat dataran pelajar untuk dinilai.. dan aku serta group BIG BANG ku memilih rabu sebagai hari penilaian kiteorang.. fuhh.. ketaq lutut cek.. :S..
"I want nobody nobody but you..."
Khamis (4/3)
Haa khamis sudah menjelma.. maka hari ketakutan, ke'ketar'an dan segala ke yang ada di dunia bermula.. HUHUHU.. hari ni ada presentation BM dowh.. U lain tak payah pun bersusah payah ambil BM, tapi awat laa USM ni baik hati sangat tak tau.. HUHU.. kan sudah menambah beban kepadaku.. sehari semalam aku dok menyiapkan benda alah ni.. T__T
Hari ni, ada dua group yang ditugaskan untuk buat presentation dan group aku yang kedua. Group aku kena buat berkenaan tajuk sejarah pendidikan tinggi di Malaysia.. dan aku ditugaskan membentangkan mengenai zaman dasar wawasan negara.. yang lucunya, time tengah baik punya layan pot pet pot pet kat depan tu, kiteorang tengok cikgu kiteorang dah tersengguk-sengguk.. HAHAHA.. punya laa dok tahan gelak.. ada satu masa tu, sampai fail-fail dia jatuh.. HEHE.. macam-macam betul.. masalahnya, bukan group aku je, tapi group yang mula-mula bentang pun sama jugak.. tapi bagus la jugak, boleh ambil peluang tengok teks kat tangan.. HEHEHE..=D
ni group yang pertama..^^
Jumaat (5/3)
HOHO.. happynya.. tiba-tiba dah hari jumaat.. hari ni memang aku free, bukan buat-buat free okay.. HEHE.. tapi disebabkan lab aku tak habis lagi, so terpaksa la pergi lab nak siapkan.. ala tinggal sikit lagi je nak siap.. dan akhirnya lab aku siap juga.. yeay!!! ^^..
muka gembira setelah berjaya menghabiskan eksperimen..=D
Lepas habis lab, aku dengan roomateku jalan-jalan kat depan dewan kuliah.. selalunya setiap minggu mesti ada je pape kat area dewan kuliah tu.. tak kisah laa pameran ke, apa-apa je.. kat area tu memang tak pernah lengang laa. so time kami jalan-jalan tu ada persatuan bahasa jepun bukak booth sempena japanese week.. kiteorang pun serbu laa booth diorang.. HEHE.. macam-macam aktiviti ada. kebetulan time kiteorang pergi tu ada sesi fotografi "yukata wearing".. sukanya meks.. HEHE.. tapi seperti biasa, mestilah kena bayar.. tak pe la, bukan selalu pun kan.. diorang pun tolonglah pakaikan kat kami berdua.. pastu diorang ambil gambar guna camera diorang dan kalau nak guna camera sendiri pun boleh..=)
Sabtu (6/3)
Aku dilanda virus kebosanan yang terhebat.. Roomate aku tak ada.. maka tiadalah aktiviti hu-hah yang dilakukan pada hari ni.. aktiviti aku hanyalah zZZZzz..ZZZzzz dan zzzZZZ.. sampai ada orang marah sudah..HUHUHU.. :(.. hari ni je la yang aku ada masa untuk ber'blog'ging.. oleh itu, maafkan hamba kerana entry yang sangat panjang ini.. HEHEHE..
source google
peace yOo..^^..~
nota-noti: esok nak hu-hah sepuas-puasnya.. lepas tu hari isnin mula laa sakit sebab test dr.leh.. T__T
uish..mmg pnjang..
ReplyDeleteabes pekdek ke ne...hihi
tp best bce..
haha.. mau x, seminggu punya cita. abes pendek dah ni.. ok neway thanx sbb sudi baca.. hehe
ReplyDelete