Tuesday, March 30, 2010

'Oh mama.. Saya mahu...'

Kalau sesiapa ada terbaca atau tertengok entri award aku yang sebelum ni, aku ada cakap ada hint untuk entri seterusnya..kan..kan..kan.. HEHE.. Sebenarnya aku nak cerita sikit tentang aktiviti hujung minggu aku baru-baru ni.. ohh bukan sebab pergi pasar malam kat Sungai Dua tu okey, sebab lain..:)

Alkisahnya bermula pada hari Sabtu dan Ahad (27 dan 28 Mac) yang lepas, aku telah mengikuti kursus yang dipanggil kursus pra-perkahwinan.. psstt.. aku dah nak kahwin ke?? ehek3.. hemoi hemoi..


"Oh mama, saya mahu kahwin
Kahwin dengan siapa.. dengan siapa saja.."


Source: google


Tak ada la, umur baru 21 tahun jagung, diri sendiri pun tak terurus ada hati mau kahwin?? ohhh tidak sama sekali.. silap-silap kena pannggg dengan mak mertua baru hang ada akal..HOHOHO.. Aku sebenarnya saja-saja menggatalkan diri pergi ke kursus kahwin tu.. tapi tak lah gatal juga.. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kepergianku ke kursus kahwin ialah:

  • Kawan
Dah geng-geng aku sampai 5 orang ajak, apa lagi, serbu je la.. sementara ada kawan, baik pergi kan.. lagipun nanti nak kahwin memang kena pergi pun.. betul tak??


classmate aku yang sama-sama pergi kursus kahwin

  • Wang ringgit
Seperti biasa la, kalau dah namanya student tu, banyak kelebihan yang anda perolehi..kan..kan..kan.. semua benda yang mahal jadi murah.. senang cakap dapat diskaun la..HEHE.. makanya, aku pergi kursus ni atas tiket sebagai student USM, jadi kena bayar RM70 sahaja. Kalau orang luar tak salah aku kena RM80.. walaupun diskaun RM10 je, tapi ok la beb.. sapa nak bagi kat ko RM10 kan..kan.. topup pun lepas ni..^__^


Source: google

  • Lain-lain
HAHA.. faktor lain tu termasuklah sijil kursus kahwin ni valid seumur hidup.. makanya kalau nak kahwin lagi 10 tahun pun, korang nak guna sijil ni pun boleh. tak payah nak susah-susah pergi dah.. melainkan korang terutamanya kaum Adam yang 'gatal' nak kahwin empat, makanya 4 kali la korang kena pergi kursus kahwin ni..ada paham?? (garangnye makcik..:O)..

Menurut kawan aku, kira lebih kurang gosip la ni okey, dia cakap nanti harga untuk kursus kahwin ni nak naik.. sampai RM300!!! lepas tu, mungkin nak tukar format sikit, contohnya kalau sekarang ni kursus ni diadakan selama 2 hari je, tapi nanti mungkin nak panjangkan masa sehingga seminggu. makanya, aku yang terkejut beruk mendengar info itu mengambil kesempatan yang ada untuk pergi. HEHE.. Tapi aku tak tau la betul ke tak info ni. Kalau kawan aku tipu maknanya korang pun kena tipu dengan aku..HUAHUAHUA..:D..

Tapi nak minta kebenaran nak pergi pun payah bebenar.. aku sangat-sangat-sangat malu nak minta kebenaran kat parents aku.. maklumlah aku ni tak pernah bersembang dengan diorang bab-bab macam ni.. makanya, ini lah akibatnya.. aku rasa muka aku ni setebal tembok perang dah..adoiii.. antara dialog perbualan telefon aku dan mak..

(dalam loghat penang ye..harap maklum..)

Aku: (dengan nada tersekat-sekat dan malu yang amat..) Mak, nak tanya ni.. kawan-kawan ajak pi kursus kahwin..

Mak: Haa?? (blur-blur 5 minit.. sambil gelak koh kah koh kah..) HUAHUAHUA..:D

Aku: HAHAHAHA.. boleh dak? Ramai kawan nak pi ni.. tumpang depa nak pi.. lagipun murah.. bla..bla..bla.. (aku pun mengeluarkan segala fakta dan auta aku dengan nada yang semangat..yeay!!)

Mak: HAHAHA.. kalau macam tu pi la, hang pun dah cukup umuq dah.. HAHAHA.. (mak aku memang suka gelak okey.. ^__^)

Aku: Glupp..???? (adeh, malu gila..)

tapi malu-malu aku ni pun nasib baik la dia bagi green light.. hoorayy..!! terima kasih mak..:)..


******************************************************************************************


Kesimpulannya, selama 2 hari aku menghadiri kursus ni, aku dapat macam-macam.. Yang paling best, dapat makan free la beb (sarapan dan makan tengahari)..HUAHUA.. makan je kerja aku.. bukan setakat makan je, mestilah dapat info-info yang berguna tentang dunia perkahwinan.. dari A-Z.. kiranya aku dah khatam la bab kahwin ni..HEHE.. ujian pun lulus dengan sangat cemerlang, gemilang dan terbilang.. HAHAHA.. :D.. Penceramah pun best-best, lawak gila diorang.. naik semput aku gelak dengar diorang buat lawak..HAHAHA.. apapun, aku kasi 9/10 okey.. ^__^..



modul yang digunakan + sijil (^^)


K.a.m.i dan sijil k.a.m.i ~


nota-noti: macam-macam kerenah orang yang berkahwin ni. Tambah-tambah orang yang bercerai-berai.. Ada yang bercerai pasal kangkung la, televisyen la.. ish..ish.. benda macam tu pun boleh bawak cerai.. inilah dunia..~

4 comments:

  1. waaah! tak pernah pi pun lagi =,=" jeles.

    ReplyDelete
  2. hehehe ala nanti pegi la.. best tau.. even kita tak nak kawen lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. wah besnyer...mudah2han jodohpun cepatlah sampai...kepada awak semua...amin:)

    ReplyDelete
  4. @Kertaskosong : hehe.. insyaallah.. aminn.. ^__^

    ReplyDelete