Wahh.. dah bersawang blog aku.. nampak sangat la dah lama gila tak update.. tengok tajuk entri aku kali ni pun dah best kan.. sangatlah indah hidupku sejak kebelakangan ini.. tak pernah aku rasakan seindah ini.. umpama berlayar di lautan asmara.. erkk terdapat kesilapan ayat ye di situ.. banyak laa aku punya lautan asmara.. lautan berapi dan berduri-duri lagi ada la.. T___T..
Sebenarnya aku ada banyak cerita nak tulis dalam blog ni, tapi disebabkan masa amatlah mencemburui aku kerana aku menjadi madu beliau dalam cerita madu 4 (apahal pulak minah ni?? mereng dah ni..kompem!!) makanya aku terpaksa membantutkan hasratku itu.. Kalau nak cerita pun, cerita dah basi kan..HOHO..
YA!! MEMANG AKU MERENG semenjak dua menjak ni..ARGGGHHH..(jadi Hulk sebentar) aku sangat-sangat-sangat busy.. mana tak nya dengan lab report la, assignment la, presentation la, apa-apa je la.. HUHUHU.. makin lama aku kat U ni, makin busy maa.. ada je kerja bertimbun setiap hari, meminta-minta dan merayu-rayu untuk disiapkan.. aku pun naik bengong dan pening kepala.. bak kata roomate aku, kepala ni macam cerita SAW dah.. HAHAHA..
bukan scene SAW sebenar.. ala-ala je..
ngeri nak letak yang sebenar..HEHE
Ish, pendek kata aku tak pernah rasa se'busy' ni tau.. dulu masa baru masuk U, rileks la lagi. lepas tu dah masuk sem 2, 3, 4 pun walaupun busy tapi banyak la jugak rileks.. siap boleh join macam-macam aktiviti lagi.. sekarang ni, makin bertambah sem, makin bertimbun kerja.. jangan kata aktiviti kat U, aktiviti bersuka ria aku pun dah terbatas.. HUWAAA.. tak boleh belah beb hidup macam ni.. T____T..
Haa, tadi pagi saja dah ada dua presentation, TITAS dan LSP300 (English). Tapi lega la jugak dah lepas dua beban serentak.. phewww.. Ni pun sebenarnya tak habis-habis lagi dengan test dan assignment.. Esok malam ada test IWK306 (Gentian dan komposit lignoselulosik), jumaat ni kena hantar lab report. nasib baik la last lab report (gembira sebentar..erkk..hooray..).. Minggu depan pun hampes jugak.. Ada dua kuiz online management due 30 Mac ni, 29 Mac ni ada test lab IWA283 (Makmal Teknologi Kertas I), next week tu plak kena hantar assignment IWK205 (Aditif dan sifat Kertas) dan juga presentation IWK306.. lepas tu dah nak study week dah, tiba-tiba final exam.. adoii laa..WAAA.. mereng otak gua.. T____T.. penat + letih + menyampah gila.. bila hidup aku nak tenang..??
Tapi jahat kan aku membebel.. padahal kalau dah namanya tu student, macam ni la life nye.. tapi gua tak boleh belah beb.. dulu hidup gua aman damai je, boleh bergembira sana sini. tapi sekarang hampes macam hampas kelapa daa.. nak tengok wayang pun tak boleh.. T___T.. dah berapa banyak cerita best yang aku terlepas nak tengok.. nak blogwalking pun tak sempat, apatah lagi update blog.. kepada yang sudi datang menjenguk blogku ini, terima kasih daun keladi.. insyaallah nanti aku curi-curi masa sikit untuk lawat balik blog korang.. okay!! ^^..
nota-noti: baru nak pergi photostat nota IWK306.. kepalahotakakuberjambul...HUAHUAHUA.. + pergi bilik kawan pinjam movie.. sekali lagi kepalahotakakuberjambul.. ^^.. tahniah.. A+ esok..!!
*pics credit to google..^^
same la kite blog besawang...
ReplyDeletehahaha...
tp nnt tlg cucikan ek..
hihi
hehe tu la.. tapi ni dalam proses mencuci la jugak.. cuma kadang2 tu tak sempat..huhu.. sangatlah busy.T___T
ReplyDelete